Koleksi Foto Kelas Membuat Roti
Puan Rahima mendapatkan pertolongan kakitangan pusat internet Taman Bandar Baharu untuk memasarkan produk tepung roti segeranya. Puan Rahima juga berhasrat untuk mengadakan kelas cara-cara membuat roti pada komuniti di Taman Bandar Baharu di masa akan datang. Semenjak mendapatkan pertolongan daripada warga Pusat Internet, Puan Rahima sudah mempunyai reka letak banner untuk kelasnya yang lebih menarik. Dia mendapatkan khidmat pertolongan ini dengan menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat iklannya di dalam facebook. Untuk Pertanyaan lanjut dan bagaimana caranya untuk mengambil bahagian di dalam kelas Puan Rahima nanti, sila hubungi beliau di talian 011-33404885.
Sila layari pautan di bawah untuk melihat koleksi foto kelas-kelas roti yang telah diadakan oleh Puan Rahima dengan kerjasama Pusat Internet Taman Bandar Baru