Kelas ini telah berjalan dengan lancar pada hari ke-2 Ramadhan di Pusat Internet 1Malaysia Taman Bandar Baru!
Di dalam kelas ini, anda akan diajarkan cara untuk menjana pendapatan dengan membuat sabun organik dengan yuran yang sangat rendah! Dengan cara ini anda boleh menjana pendapatan yang baru dan berguna untuk seisi keluarga selain dapat menjaga tahap kebersihan dan kecantikan seisi keluarga. Di dalam kelas yang akan diadakan ini, anda akan diajarkan cara membuat sabun arang, sabun honeycoffee dan juga sabun kasturi! Kalau yang berminat mahu menjadi usahawan sabun, kami juga akan mengadakan kelas intensif penggunaan Media sosial, Dashboard Komuniti, dan juga medium lain untuk memulakan perniagaan sabun ini!
Untuk melihat galeri foto dan video sekitar kelas membuat sabun ini, sila klik di pautan di bawah
Kakitangan Pusat Internet 1Malaysia Taman Bandar Baru mengucapkan Selamat Menyambut Israk dan Mikraj yang akan berlangsung pada 24 April 2017. Berikutan dengan sambutan ini, Pusat Internet 1Malaysia juga telah mengadakan kelas Adobe Photoshop khas untuk membuat poster untuk sambutan Israk dan Mikraj ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lungsuri pautan pautan di bawah
Galero Video Kelas Adobe Photoshop - Membuat Poster Israk Mikraj
Galeri Foto Kelas Adobe Photoshop - Membuat Poster Israk Dan Mikraj
Koleksi Gambar Bengkel Asas Robotik
Buat julung kalinya, K-Ekonomi Melaka telah membuat latihan Bengkel Asas Robotik dengan jayanya di bilik latihan Pusat Internet 1Malaysia. Semua peserta sangat gembira dengan maklumat dan pengetahuan yang telah dikongsikan oleh mereka. Sila lihat galeri foto dan video di bawah dengan menekan pautan di bawah
Galeri Foto Bengkel Asas Robotik Dengan Kerjasama K-Ekonomi Melaka
Kelas Adobe Illustrator telah berjalan dengan lancar pada petang jumaat ini. Pelajar-pelajar yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah sangat berpuas hati dengan pengetahuan yang telah diberi tunjuk ajar dari kelas yang berlangsung selama 3 jam setengah ini. Pusat Internet adalah pusat latihan yang memberikan tunjuk ajar kepada komuniti, pelajar tidak mengira peringkat umur dan bangsa kepada pendedahan perisian komputer dan yang paling penting kelas-kelas ini diberikan secara percuma. Sila layari pautan di bawah untuk melihat galeri foto semasa kelas ini berlangsung.
Galeri Foto Kelas Adobe Illustrator - Don't Mess With Melaka Logo Making