PEMENANG

Petugas Pusat Internet 1Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang untuk Dashboard Komuniti 2017. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas sokongan dan kerjasama penduduk setempat terhadap penggunaan Dashboard Komuniti 2017. Untuk banyak lagi produk dan informasi terkini untuk tahun 2018 ini, penduduk digalakkan untuk mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia Taman Bandar Baharu untuk bertanyakan tentang program-program yang kami akan rancang nanti.

 

2018WALLPAPERa

Petugas Pusat Internet 1Malaysia Taman Bandar Baharu mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2018. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan menguatkan lagi silaturahim pengguna PI1M dengan komuniti setempat, selari dengan wawasan PI1M untuk menjadi one-stop centre dalam pelbagai bidang terutamanya ICT.

JENAYAHSIFAR

Persatuan Penduduk Taman Bandar Baru dan juga KRT Taman Bandar Baru akan mengadakan satu program kesedaran Sifar Jenayah Dengan Kerjasama PDRM. Semua penduduk taman dijemput untuk hadir ke program ini. Pusat Internet juga akan mengambil peluang untuk turut serta di dalam program ini. Semua maklumat tentang jemputan adalah seperti di atas.