SMK SULTAN ALAUDDIN  

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin atau nama ringkasnya SMK Sultan Alauddin merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah. Sejarah awal sekolah ini bermula pada tahun 1962 dan dikenali sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan yang mengandungi 4 kelas.

Menjelang tahun 1968, sekolah ini telah mempunyai bangunan sendiri yang terdiri dari 3 blok bangunan dan sebuah kantin. Ketiga-tiga blok bangunan terdiri daripada bilik-bilik darjah dimana 2 di antaranya boleh dibuka sebagai dewan, 2 buah makmal sains, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, 2 buah bilik sains rumahtangga, sebuah bilik lukisan Teknik serta 2 buah bengkel pertukangan kayu, logam dan elekterik.

Mulai tahun 1969, pelajar-pelajar aliran Melayu telah dipindahkan ke Sekolah Ghafar Babab. Pelajar-pelajar yang ditempatkan disekolah ini terdiri dari mereka yang berada dalam aliran Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1974, nama Sekolah Pelajaran Lanjutan yang telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Rendah (SMR 26) dan bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran YB Dato’ Hussein Onn. Seterusnya nama SMR 26 ini tidak kekal bila mana Namanya telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah (SMMT).

Walaubagaimanapun, nama SMMT juga tidak bertahan lama di mana ianya ditukarkan kepada Sekolah Menengah Sultan Alauddin pada 1 Januari 1988 dan nama SMK Sultan Alauddin digunakan sehingga kini.

Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Aluddin, Masjid Tanah 78300 Masjid Tanah Melaka

No Telefon: 06-3841249

smk sultan alauddin 

 

SKK SMK GHAFAR BABA, MASJID TANAH  

Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba atau nama ringkasnya SKK SMK Ghafar Babab merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah. SMK Ghafar Baba terletak di dalam mukim Masjid Tanah dan Sungai Baru Ulu dan nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah.

Pada peringkat awal penubuhannya, ia menumpang di Sekolah Rendah Inggeris Masjid Tanah (sekarang dikenali Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim). Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif masyarakat setempat dan diasaskan pada bulan Januari 1962. Ketua masyarakat yang bertanggungjawab mempelopori dan mengasaskannya ialah Datuk Tamby Chik bin Karim. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama.

Pada tahun 1967, sekolah ini telah ditukar nama dari Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah menjadi Sekolah Ghafar Baba iaitu mengambil sempena nama Abdul Ghafar bin Baba, seorang anak watan Melaka yang mula mencipta nama dalam arena politik Malaysia.

Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, 2200 Jalan Sri Laksamana 78300 Masjid Tanah, Melaka.

No Telefon: 06-3841257

smk ghafar baba 

 

SMK HANG KASTURI  

Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi atau nama ringkasnya SMK Hang Kasturi merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.

SMK Hang Kasturi telah dibuka pada tahun 1976 dan nama asalnya ialah Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah. Pada peringkat awal, pelajar-pelajar menumpang belajar di SK Masjid Tanah pada sesi petang dan pada pertengahan 1976 apabila sekolah siap sepenuhnya, pelajar-pelajar terlah berpindah dan mulakan pelajaran di sekolah ini.

Pada tahun 1988 kelas tingkatan 4 aliran sastera telah ditubuhkan disekolah ini. Serentak dengan perkembangan tersebut, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah.

Pada tahun 1990, nama sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan apablia dengan rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka sehingga kini.

Alamat: SMK Hang Kasturi, Kampung Solok Ayer Kelulut, 78300 Masjid Tanah Melaka

No Telefon: 06-3841388

smk hang kasturi 

 

SK MASJID TANAH  

Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau nama ringkasnya SK Masjid Tanah merupaka sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan SMK Ghafar Baba. Sekolah ini berasal dari nama Sekolah Sungai Baru dan telah didirikan lebih kurang pada 1890 oleh tokoh tempatan masa itu yang bernama Bilal Lesai merupakan seorang ahli ibadah dan mahir dengan sejarah tempatan.

Sekolah ini telah didirikan di Jalan Durian Daun di tepi jalan raya yang sekarang adalah tapak rumah Allahyarham Cikgu Zaunudin b. Md. Din. Maklumat asal yang diperolehi, bangunan sekolah ini diperbuat daripada buluh sahaja.

Kemudian sekolah ini berpindah ke sekolah yang dibina di pekan Masjid Tanah dan bangunan sekolah ini telah menjadi bangunan MARA. Sekolah ini beratap genting, bertiang dan berdinding kayu. Di hadapan sekolah dipagari dengan pokok bunga raya. Keadaan sekolah ini tidak luas untuk menampung bilangan murid yang sentiasa bertambah. Akhirnya dibina pula sekolah yang ada sekarang ini. Sekolah yang ada sekarang ini telah mula digunakan pada 21.04.1926.

Pada tarikh 09.07.1984 bangunan lama telah dirobohkan kerana terlalau uzur dan digantikan dengan sebuah bangunan baru 3 tingkat. Bangunan baru telah mula digunakan pada 16.01.1985 dan perasmiannya telah dilakukan oleh bekas murid YBhg. Tan Sri Abdul Rahman b. Hj. Arshad yang ketika itu berjawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sekolah ini menerima perubahan dari zaman sebelum Jepun, zaman penjajahan Jepun, pemerintahan British hingga zaman kemerdekaan.

Alamat: SK Masjid Tanah, Jalan SMK Ghafar Baba 78300 Masjid Tanah, Melaka

No Telefon: 06-3841244

 

SK DATUK TAMBICHIK KARIM  

Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim atau nama ringkasnya SK Datuk Tambichik Karim merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah. Asalnya sekolah ini dibina oleh kerajaan dan mula digunakan pada 12 Januari 1953 dengan nama “Masjid Tanah English School”. Kemudian bertukar kepada SR Sungai Masjid Tanah Satu dan pada tahun 1978, dengan persetujuan LPS dan PIBG sekolah sekolah ini ditukar nama Sek Ren Datuk Tambichik Kamrim.

Nama tersebut dipilih sebagai mengenang jasa Datuk Tambichik Karim sebagai pengasas dan dermawan yang berusaha untuk mewujudkan dan membangunkan sekolah ini.

Alamat: Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim 78300 Masjid Tanah Melaka

No Telefon: 06-384 1237

 sk datuk tambichik karim

 

SK DEMANG TAHA  

Pada 27 Disember 2012, SK Demang Taha telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Bin Haji Yusop. Perasmian telah diadakan di Dewan Terbuka SK Demang Taha.

Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh ADUN Ayer Limau. pihak Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah, PKG Masjid Tanah dan ibu bapa murid sekolah berkenaan.

Alamat: SK Demang Taha, Masjid Tanah 78300 Masjid Tanah Melaka

No telefon: 06-3847200

 sk demang taha

 

SK SRI LAKSAMANA  

Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana telah diasaskan pada 1 Januari 1970. Nama asalnya Sek Ren Inggeris Masjid Tanah 2. Guru besar pertamanya ialah Encik Lim Cheng Soon dan pada awalnya sekolah ini menumpang di SRK Datuk Tambichik Karim. Pada 7 Ogos 1978, semua pelajar dan guru telah berpindah ke bangunan SRI Masjid Tanah 2.

Kemudian, ditukarkan nama kepada SK SRI Laksamana, yang mana SRI bermaksud Sekolah Rendah Inggeris dan Laksamana ialah memperingati kepahlawanan Hulubalang Melayu Melaka di zaman Silam. Pada 8 November 1986, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Hj Abd Rahim bin Dato. Tambychik Ketua Menteri Melaka pada ketika itu.

Alamat: SK Sri Laksamana, Kampung Solok Ayer Kelulut 78300 Masjid Tanah Melaka

No Telefon: 06-384 1366

 sk sri laksamana

SK BUKIT BERINGIN  

Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin atau nama ringkasnya SK Bukit Beringin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin memiliki 198 orang pelajar lelaki dan 214 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 412 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.

Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin telah menjadi johan kawasan Masjid Tanah pada tahun 2011. Selain itu, seramai 10 orang telah tersenarai untuk mewakili kawasan Masjid Tanah bagi menghadapi peringkat negeri Melaka. Kawasan Masjid Tanah telah mendapat mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.

sk bukit beringin