Tarikh |
28 & 30 Oktober 2018 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta |
15 peserta |
Tujuan
Untuk menambahkan pengetahuan pelajar-pelajar tentang bahaya mendatang apabila melayari internet terutamanya media sosial di zaman kini kerana ramai yang tertipu dengan penipuan internet. Di dalam kuiz dan taklimat ini akan diterangkan tentang parcel scam dan love scam.
Aktiviti
Semua peserta merupakan pengunjung yang selalu datang untuk menggunakan komputer di pusat Internet diberikan sedikit penerangan dahulu oleh petugas tentang bahaya penipuan internet dan apakah implikasi kepada pengguna itu sendiri. Kemudian setelah memberi taklimat, peserta diarahkan untuk membuka komputer masing-masing dan membuka laman google form yang diberikan oleh petugas dan mula menjawab kuiz tersebut. Setelah berjaya menjawab, peserta disuruh menyemak jawapan dan petugas akan menerangkan jawapan yang betul.