KESIHATAN

Klinik Kesihatan Masjid Tanah Melaka  

Klinik kesihatan merupakan perkhidmatan yang terpenting bagi sesebuah kawasan dan klinik yang berdekatan adalah Klinik Kesihatan Masjid Tanah. Penduduk sekitar Masjid Tanah boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit ringan seperti demam, batuk, selesama dan sebagainya di Klinik Kesihatan Masjid Tanah sebelum dirujuk kepada hospital.

Alamat: Jalan Besar Masjid Tanah 78300 Alor Gajah Melaka

No telefon: 06-3842533

 

Klinik Desa Tanjung Bidara Melaka  

Klinik desa adalah klinik kecil yang ada di kawasan setempat yang mana ia beroperasi untuk pemeriksaan ibu dan kanak-kanak. Klinik ini hanya diuruskan oleh jururawat masyarakat dan jururawat terlatih. Rawatan pesakit luar yang ringan mungkin boleh diberi tetapi bergantung kepada keadaan dan fasiliti di klinik tersebut.

Alamat: Klinik Desa Tanjung Bidara 78000 Alor Gajah Melaka

No telefon: 06-384 895

 

Klinik Asuza Masjid Tanah Melaka  

Klinik Asuza merupakan salah satu klinik yang digunakan oleh masyarakat sekitar Masjid tanah dan klinik ini dibuka setiap hari pada jam 8 pagi hingga 6 pagi. Di klinik Asuza bukan sahaja menyediakan rawatan kecil untuk pesakit-pesakit malah diklinik ini juga boleh membuat medical checkup, x-ray dan juga berkhatan.

Alamat: Jalan Bandar Baru 6, Taman Bandar Baru 78300 Masjid Tanah Melaka

No telefon: 06-384 8048

 

Klinik Keluarga Masjid Tanah Melaka  

Klinik Keluarga Masjid Tanah menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk sekitar Masjid Tanah antaranya

-       medical checkup

-       blood investigation

-       urine for drug

-       pregnancy test

-       ordinary diseas

-       asthmatic treatment

-       treatment for accident/emergency

-       minor surgery

-       wound dressing

-       ECG

Alamat: SU 1470 Jalan Masjid Tanah Ria Utama, Taman Masjid Tanah Ria 78300 Masjid Tanah Melaka

No telefon: 06-383 1556