Untitled8  Untitled12

Koleksi Foto Kelas Membuat Sabun

Puan Hijrah bergiat mengusahakan produk membuat sabun secara alami dengan hasil pembuatan sendiri di rumah dan menjayakannya dalam kelas yang dianjurkan di pelbagai tempat seperti mini RTC, sekolah-sekolah dan dewan komuniti. Pusat Internet Taman Bandar Baru berpeluang untuk menjemput Puan Hijrah sama-sama menjayakan latihan keusahawanan di Pusat Internet. Peserta dapat menimba pelbagai ilmu hasil daripada kelas ini. Pelbagai jenis sabun dapat dihasilkan seperti sabun arang, sabun honeycomb, sabun kasturi dan banyak lagi. Oleh kerana sabun ini dihasilkan sendiri, pembuat dapat menjamin kualiti dari produk yang halal. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah menghubungi usahawan berjaya ini di talian 019-6905112 (whatsapp) ataupun melayari laman Facebooknya Kak Biz.

Sila layari pautan di bawah untuk melihat koleksi foto kelas-kelas roti yang telah diadakan oleh Puan Hijrah dengan kerjasama Pusat Internet Taman Bandar Baru

 

Galeri Video Kelas Membuat Sabun

Galeri Foto Kelas Membuat Sabun

 

16105679 1219469684805256 6847456422810275125 n  16174803 1219472451471646 1749451492914250421 n

Koleksi Foto Kelas Membuat Roti

Puan Rahima mendapatkan pertolongan kakitangan pusat internet Taman Bandar Baharu untuk memasarkan produk tepung roti segeranya. Puan Rahima juga berhasrat untuk mengadakan kelas cara-cara membuat roti pada komuniti di Taman Bandar Baharu di masa akan datang. Semenjak mendapatkan pertolongan daripada warga Pusat Internet, Puan Rahima sudah mempunyai reka letak banner untuk kelasnya yang lebih menarik. Dia mendapatkan khidmat pertolongan ini dengan menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat iklannya di dalam facebook. Untuk Pertanyaan lanjut dan bagaimana caranya untuk mengambil bahagian di dalam kelas Puan Rahima nanti, sila hubungi beliau di talian 011-33404885. 

Sila layari pautan di bawah untuk melihat koleksi foto kelas-kelas roti yang telah diadakan oleh Puan Rahima dengan kerjasama Pusat Internet Taman Bandar Baru

Kelas Membuat Roti 21 Januari 2017

Kelas Membuat Roti 7 Januari 2017

    

Koleksi Gambar Perniagaan SPA Bergerak 

Puan Siti Masjura mendapatkan ruang dan perkhidmatan menaip dan reka letak design banting untuk perniagaan Mobila SPA yang diusahakannya. Beliau amat berpuas hati dengan pertolongan yang diberikan oleh warga kakitangan Pusat Internet Taman Bandar Baharu dengan ilmu yang dikongsikan. Kini, beliau lebih memasarkan produknya secara atas talian dan menggunakan internet sebagai medium pengiklanan pentingnya.

Untuk perkhidmatan , sila hubungi Puan Siti Masjura di talian 012-9265635. Pelbagai perkhidmatan yang boleh diberikan seperti urutan kesihatan, rawatan muka dan juga mobile sauna.