Nama

: Muhammad Iqhwan Bin Mohd Ismail

Umur

: 10 tahun

Ahli

: September 2023

Latar Belakang  

Muhammad Iqhwan merupakan seorang pelajar sekolah rendah berpendidikan khas yang berkunjung ke NADI Taman Bandar Baharu bagi mendapatkan perkhidmatan penggunaan PC dan menghadiri kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak NADI Taman Bandar Baharu

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi  

Sebelum menjadi ahli NADI, Muhammad Iqhwan hanya didaftarkan sebagai pelawat dan menggunakan perkhidmatan PC untuk menonton video pelajaran. Beliau hanya mengetahui asas penggunaan komputer. Tambahan pula dirumah beliau tidak mempunyai komputer namun beliau boleh menggunakan gadjet seperti telefon bimbit dan tablet.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi  

Setelah mengunjungi NADI Taman Bandar Baharu, beliau sering mendapatkan bimbingan untuk menggunakan microsoft sebagai pengetahuan asas sebagai pelajar sekolah rendah. Beliau datang ke NADI hujung minggu untuk menggunakan perkhidmatan komputer serta menghadiri kelas-kelas yang boleh meningkatkan kemahiran komputer.