Bangunan Lama Masjid Tanah

Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya.

Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda didalam daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negeri Sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat ‘Hulu’ atau ‘Cakap Hulu’. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem ‘Suku’ atau ‘Waris’, namun akibat peredaran zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan.

Tradisi ‘Berkampung’ yang merapatkan silaturrahim antara saudara-mara yang muda dan yang tua dan membuat perancangan untuk bekerja secara gotong royong sebelum sesuatu majlis yang besar diadakan seperti perkahwinan, telah mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan muda telah lupa akan pentingnya majlis ini dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah-tanah pusaka juga dilihat tidak lagi diwariskan secara adat dimana anak-anak perempuan diutamakan.

*sumber rujukan : http://www.umnomasjidtanah.com/sejarah-masjid-tanah/