Nama

: Fauziah Binti Jaafar

Umur

: 56 tahun

Ahli

: April 2021

Latar Belakang  

Puan Fauziah merupakan seorang surirumah yang sering berkunjung ke NADI Taman Bandar Baharu bagi mendapatkan perkhidmatan penggunaan PC dan internet

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi  

Puan Fauziah sering kunjungi NADI Taman Bandar Baharu untuk melayari internet dan mencari maklumat-maklumat di google. Beliau hanya mengetahui asas penggunaan komputer. Tambahan pula dirumah beliau memiliki komputer namun tiada capaian internet untuk beliau pelajari komputer dengan betul.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi  

Setelah mengunjungi NADI Taman Bandar Baharu, beliau sering mendapatkan bimbingan dari petugas untuk menggunakan Microsoft dan aplikasi editing seperti canva. Beliau datang ke NADI untuk menggunakan PC serta mendapatkan khidmat belajar kemahiran editting seperti poster, video, kad kahwin dengan menggunakan aplikasi seperti canva, powerpoint dan sebagainya.

Nama

: Muhammad Adam Ammar Bin Mohd Ridhwan

Umur

: 10 tahun

Ahli

: September 2023

Latar Belakang  

Adam Ammar merupakan pelajar sekolah rendah yang sering berkunjung ke NADI Taman Bandar Baharu bersama ibunya untuk mendapatkan perkhidmatan penggunaan PC dan juga melayari internet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi  

Sebelum menjadi ahli NADI, Adam Ammar hanya didaftarkan sebagai pelawat dan sering mengikut ibunya untuk menggunakan PC. Beliau hanya mengetahui asas menggunakan komputer. Tambahan pula dirumah beliau memiliki komputer namun tiada capaian internet untuk beliau pelajari menggunakan komputer dengan betul.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi  

Setelah mengunjungi NADI Taman Bandar Baharu, beliau sering mendapatkan bimbingan untuk menggunakan microsoft sebagai pengetahuan asas sebagai pelajar sekolah rendah. Beliau datang ke NADI hujung minggu untuk menggunakan perkhidmatan komputer serta menghadiri kelas-kelas yang boleh meningkatkan kemahiran komputer.

Nama

: Izzara Raisha Binti Mohd Farhan

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2019

Latar Belakang  

Izzara Raisha merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berkunjung ke NADI Taman Bandar Baharu bagi mendapatkan perkhidmatan penggunaan PC dan menghadiri kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak NADI Taman Bandar Baharu

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi  

Beliau telah menjadi ahli NADI sejak tadika sehingga kini beliau berusia 10 tahun. Izzara hanya mengetahui asas penggunaan komputer. Tambahan pula dirumah beliau memiliki komputer namun tiada yang dapat memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan komputer dan fungsi-fungsi perkakasannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi  

Setelah mengunjungi NADI Taman Bandar Baharu, beliau sering mendapatkan bimbingan untuk menggunakan microsoft serta aplikasi edditing seperti canva, kahoot, wordwall dan sebagainya. Beliau datang ke NADI Taman Bandar Baharu pada hujung minggu untuk mengikut kelas-kelas yang anjurkan oleh pihak NADI.

 

Nama

: Muhammad Iqhwan Bin Mohd Ismail

Umur

: 10 tahun

Ahli

: September 2023

Latar Belakang  

Muhammad Iqhwan merupakan seorang pelajar sekolah rendah berpendidikan khas yang berkunjung ke NADI Taman Bandar Baharu bagi mendapatkan perkhidmatan penggunaan PC dan menghadiri kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak NADI Taman Bandar Baharu

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi  

Sebelum menjadi ahli NADI, Muhammad Iqhwan hanya didaftarkan sebagai pelawat dan menggunakan perkhidmatan PC untuk menonton video pelajaran. Beliau hanya mengetahui asas penggunaan komputer. Tambahan pula dirumah beliau tidak mempunyai komputer namun beliau boleh menggunakan gadjet seperti telefon bimbit dan tablet.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi  

Setelah mengunjungi NADI Taman Bandar Baharu, beliau sering mendapatkan bimbingan untuk menggunakan microsoft sebagai pengetahuan asas sebagai pelajar sekolah rendah. Beliau datang ke NADI hujung minggu untuk menggunakan perkhidmatan komputer serta menghadiri kelas-kelas yang boleh meningkatkan kemahiran komputer.

Nama

: ARIF FATAH BIN ZAINAL ABIDIN

Umur

: 32 tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang  
-
En. Arif Fatah merupakan seorang usahawan yang baru berjinak-jinak dalam membuat perniagaan kereta sewa awal tahun 2023. Beilau memulakan perniagaan selepas melihat kawannya membuat perniagaan yang sama.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI  
-
Beliau tidak mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi di dalam komputer. Beliau juga tidak mempunyai pendedahan kepada perniagaan online dan hanya tertumpu kepada perniagaan secara offline sahaja. Beliau juga menghadiri kelas keusahawanan yang dianjurkan Pusat Ekonomi Digital untuk mempromosikan perniagaan beliau antaranya pemasaran melalui FB Page.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI  
-
Setelah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Bandar Baharu, beliau dapat mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan komputer sebagai mediam pengiklanan produk. Sebelum ini, Encik Arif Fatah juga pernah mendapatkan khidmat nasihat daripda petugas Pusat Ekonomi Digital tentang perniagaan e-commerce dan telah menggunakan aplikasi FB sebagai medium pengiklanan pemasaran kereta sewa termurah terutamanya kawasan negeri Melaka

 

kereta sewa