Nama

: Zainon Akma Binti Ramli

Umur

: 55 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang  
- Puan Zainon merupakan seorang surirumah yang berkunjung ke PEDi Taman
Bandar Baharu bagi mendapatkan perkhidmatan penggunaan PC dan sentiasa
menghadiri kelas-kelas keusahawanan yang disediakan oleh PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI  
- Beliau hanya mengetahui asas penggunaan komputer. Tambahan pula dirumah
beliau hanya memiliki laptop namun tidak mempunyai internet untuk diakses ke
laman-laman web untuk mendaftarkan produk dan mengkomersialkan produk
secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI  
- Setelah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Bandar Baharu, beliau
sering mendapatkan bimbingan daripada petugas untuk menggunakan Microsoft
dan Powerpoint serta penggunaan aplikasi seperti zoom dan google meet untuk
menghadiri kelas-kelas keusahawanan secara atas talian. Beliau datang ke PEDi
hampir setiap minggu untuk mendapatkan akses internet dan bimbingan petugas
untuk memasarkan produk secara atas talian seperti di Shopee, Lazada dan Agro
Bazaar. Malah, Puan Zainon juga turut menghadiri kelas-kelas ICT dan
keusahawanan yang dianjurkan oleh petugas PEDi.

ICT Q2 2023