PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Modern Royal Technology Logo

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi foKus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

NADI

Taman Bandar Baharu

Kod Lokasi

M03C001

Petugas

 Pengurus: Rasidah Binti Edris

Penolong Pengurus: Nurul Izzati Binti Zulkefli

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat Lokasi

Dewan Komuniti Taman Bandar Baru, Masjid Tanah 78300 Melaka

Parlimen

P.134 Masjid Tanah

Dun

N. 04 Lendu

Populasi Penduduk

2000 Orang

Aktiviti Ekonomi

Perindustrian, Perniagaan, Swasta, Kerajaan

Jumlah Ahli

2184 Orang

Jumlah Pengguna Berdaftar

2098 Orang

Jumlah Latihan Dibuat

548 latihan

Tarikh Operasi

5 Oktober 2015

*Data yang diberi adalah dari mula NADI operasi sehingga 8/8/2023

 

PERALATAN YANG DISEDIAKAN DI NADI TAMAN BANDAR BAHARU, MELAKA

  • - Bilangan Komputer

10 Unit untuk kegunaan User

10 Unit untuk Latihan/Kelas

  • - Fotokopi (Warna Dan Hitam/Putih)
  • - Scan dan Print
  • - Laminate
  • - Dokumen Book Binding
  • - Internet Access

 

KELAS-KELAS YANG DISEDIAKAN DI NADI TAMAN BANDAR BAHARU, MASJID TANAH, MELAKA

  • - Kelas ICT/Komputer
  • - Kelas Keusahawanan
  • - STEM-IOT
  • - Soft Skill
  • - E-Tuisyen
  • - E-Learning
  • - Klik Dengan Bijak (KDB)
  • - KITAR (Mobile e-Waste)

 

KENALI PETUGAS NADI TAMAN BANDAR BAHARU, MASJID TANAH  

Di NADI Taman Bandar Baharu, Masjid Tanah mempunyai 2 petugas yang telah dilantik untuk membantu komuniti setempat dalam memberi perkhidmatan ICT dan juga keusahawanan. Kami akan menjalankan tanggungjawab dan Amanah yang diberi dengan baik. Kenali kami

 

PENGURUS

IMG-20230826-WA0002

Nama: Rasidah Binti Edris

Mula berkhidmat: Jun 2015

 

PENOLONG PENGURUS

20230204 094502

Nama: Nurul Izzati Binti Zulkefli

Mula berkhidmat: Mac 2022

 

 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau National Information Dissemination Centre (NADI) Taman Bandar Baharu, Masjid Tanah, Melaka, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. PusatSebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bandar Baharu merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1-X (yang dahulunya dikenali sebagai Fasa 1), 52 pusat untuk Fasa 2  dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Setiap NADI dikendalikan oleh 2 orang petugas dan waktu operasi adalah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (kecuali cuti umum atau tugasan luar) .

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bandar Baharu asalnya bertempat di Pusat Internet Kg.Permatang telah memindahkan operasinya ke Taman Bandar Baharu.Pusat Internet Kg.Permatang sebelum ini telah melaksanakan pelbagai program. Antara program yang telah dilaksanakan adalah Hari Terbuka PJK, Hari Kembara PJK, Penyerahan Netbook, Program 1Mtris, Kempen Pengguna Bijak Dan Usahawan (KPBU), Klik Dengan Bijak (KDB), kelas asas komputer, dan sebagainya.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bertindak merapatkan jurang  digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) Taman Bandar Baharu terletak di Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu, Masjid Tanah, Melaka

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bandar Baharu merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
2. E-Pembelajaran (e-Learning)
3. Pengumpulan dan pertukaran maklumat
4. Pusat Komunikasi
5. Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian