KESELAMATAN

 

Balai Bomba Masjid Tanah Melaka  

Balai Bomba berfungsi sebagai melindungi nyawa dan harta sekiranya berlakunya kebakaran atau kecemasan dan balai bomba yang berhampiran adalah Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah Melaka. Perkhidmatan balai bomba bukan sahaja tertumpu kepada kecemasan malah mereka turut memberi pendedahan dan penerangan terutama golongan kanak-kanak dan remaja jika berdepan dengan kecemasan,

Alamat: Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Jalan Solok Duku 78300 Melaka

No Telefon: 06-3842444

 

Balai Polis Masjid Tanah Melaka  

Balai Polis Masjid Tanah yang terletak dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis daerah Alor Gajah, Melaka dirasmikan pada 6 Mac 1984 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Ketika itu Tuan Mohd Kassim Ahmed. Perkara-perkara yang melibatkan jenayah yang berlaku disekitar Masjid Tanah akan dirujuk dan dilaporkan di Balai Polis Masjid Tanah, Melaka. Dengan adanya balai polis berhampiran bukan sahaja dapat membantu komuniti setempat malah keamanan dan kesejahteraan kawasan sekitar turut terjamin.

 

TNB Masjid Tanah Melaka  

Tenaga Nasional Berhad merupakan sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia. TNB menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik diseluruh Malaysia, TNB juga terlibat dalam pembuatan alat ubah, alat suis volatan tinggi dan kabel serta pakar runding dalam bidang seni bina awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek.

Alamat: 1935, 5, Taman Bandar Baru 78300 Masjid Tanah, Melaka

No Telefon: 06-384 3000