IKLANGDEXa

Setelah penmguatkuasaan SST , harga untuk servis Kampung by GDEX akan berubah mengikut harga yang ditetapkan. Walaubagaimanapun harga servis ini masih lagi dikategorikan sebagai mampu milik dan mesra pengguna. Ini adalah kerana servis Kampung by GDEX yang ditawarkan di Pusat Internet adalah servis lain dari yang lain. Untuk penghantaran sekitar rantau adalah servis penghantaran di dalam semenanjung Malaysia manakala di luar rantau adalah penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Untuk penambahan berat barang, harga akan dikenakan mengikut berapakah berat yang berlebihan.Untuk penghantaran sekitar rantau, setiap penambahan berat 2 kg akan dikenakan tambahan harga RM 6.00 manakala untuk penghantaran luar rantau penambahan harga RM14.00 dikenakan untuk setiap penambahan berat 1 kg.

 

WKab

Wifi Komuniti kini sudah mulai beroperasi di Pusat Internet Taman Bandar Baharu! Penduduk setempat kini boleh mendapatkan perkhidmatan ini di sekitar Pusat Internet. Tidak perlukan sebarang kata laluan, anda terus boleh melayari internet tanpa halangan! Ini adalah satu inisiatif Pusat Internet untuk menambahbaik servis kami, untuk masyarakat. 

 

POSTEREREZEKIa

Anda dijemput untuk menghadiri sesi E-Rezeki di Pusat Internet Taman Bandar Baharu. Ini adalah satu inisiatif yang sangat berguna untuk pelajar-pelajar dan belia, mahupun suri rumah ataupun pesara. Dengan melayari internet, anda boleh menjana pendapatan harian! Semakin banyak usaha anda semakin lumayan hasil yang anda boleh dapati! Kunjungi kami di Pusat Internet untuk maklumat lanjut dan kami bersedia mengajar anda cara pendaftaran, platform kerja, dan sebagainya. Sila klik pautan di bawah untuk melihaty koleksi foto sekitar latihan asas dijalankan.

Galeri Foto E-Rezeki Bersama SEJIWA Alor Gajah

Galeri Foto E-Rezeki Bersama SMA Al-Asyraf Pulau Sebang

Galeri Foto Program E-Rezeki Bersama KKTM Masjid Tanah

Galeri Foto Kelas E-Rezeki bersama UCAM

KELASJEPUN

Wow! Kelas Bahasa Jepun daripada Pakar Berbangsa Jepun kembali lagi

Setiap Sabtu 2.00 ptg (Hari boleh dirunding mengikut permintaan pelajar)
Lokasi : Pusat Internet Tmn. Bdr. Baru, Masjid Tanah, Melaka.

Kelas yg penuh dgn keunikan & keseronokan.
Ayuh! Sertai sekarang. Daftar RM20, bulanan RM50 sahaja

https://www.wasap.my/60192378043

https://www.wasap.my/60187785387

https://www.wasap.my/60196905112

 

MAKLUMAT

Pusat Internet Taman Bandar Baharu, Masjid Tanah, Melaka, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Internet Taman Bandar Baharu merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET Komuniti untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1-X (yang dahulunya dikenali sebagai Fasa 1), 52 pusat untuk Fasa 2  dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Setiap Pusat Internet dikendalikan oleh 2 orang petugas dan waktu operasi adalah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (kecuali cuti umum atau tugasan luar) .

Pusat Internet Taman Bandar Baharu asalnya bertempat di Pusat Internet Kg.Permatang telah memindahkan operasinya ke Taman Bandar Baharu.Pusat Internet Kg.Permatang sebelum ini telah melaksanakan pelbagai program. Antara program yang telah dilaksanakan adalah Hari Terbuka PJK, Hari Kembara PJK, Penyerahan Netbook, Program 1Mtris, Kempen Pengguna Bijak Dan Usahawan (KPBU), Klik Dengan Bijak (KDB), kelas asas komputer, dan sebagainya.

Pusat Internet bertindak merapatkan jurang  digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Pusat Internet Taman Bandar Baharu terletak di Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu, Masjid Tanah, Melaka

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet Taman Bandar Baharu merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
2. E-Pembelajaran (e-Learning)
3. Pengumpulan dan pertukaran maklumat
4. Pusat Komunikasi
5. Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian