1. WARUNG HIJAU ROJAK SOTONG

 

Warung Hijau Rojak Sotong mempunyai hidangan menu istimewa iaitu sotong sebagai hidangan utama. Kedai ini menjual menu yang sangat istimewa iaitu rojak sotong. Sotongnya adalah agak besar dan warung ini sering menjadi sebutan dan pilihan ramai pelanggan.

 

Menu hidangan dikedai ini menggunakan resepi warisan keluarga pemilik kedai makan ini. Pada peringkat permulaan, rojak sotong menggunakan sotong kembang sahaja namun diatas permintaan ramai, sotong putih bersaiz besar telah menggantikan sotong kembang.

 

Selain rojak sotong, Warung Hijau Rojak Sotong ini juga menghidangkan pelbagai makanan panas yang lain seperti mee goreng jumbo, kuetiaw, jumbo yang disajikan bersama sotong, udang, kerang atau kupang. 

 

Alamat: Batu 19 ¾ Kampung Durian Daun 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Sumber: WARUNG HIJAU ROJAK SOTONG

 

  1. MR. CIKENZ YONG TAU FOO FOOD TRUCK

 

Yong Tau Foo Foodtruck adalah Yongtaufoo Taiping yang menyajikan menu yong tau foo dengan sos resepi sendiri. Banyak pilihan/jenis yang boleh dipilih untuk dimakan bersama sos homemade. Jualan dijalankan dengan menggunakan foodtruck dan dibuka setiap hari isnin hingga sabtu bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam.

 

Para pelanggan yang datang boleh menikmati yong taufoo secara dine in mahupun take away. Dan kini mereka menjual sos yong tau foo di platform Shopee. Bukan sahaja yong tau foo dijual malah terdapat juga rojak sotong, nasi lemak dan menu-menu yang lain yang dijual di warung gerai makan.

 

Alamat: 1354-1 Jalan Durian Daun, Kampung Durian Daun 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Sumber: MR CIKENZ YONG TAU FOO

 

  1. THE TOKYO BURGER MASJID TANAH

 

Kafe the tokyo burger merupakan ‘The World’s First Specialty Burger Cafe’ yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang sedap. Hidangan utama yang menjadi pilihan pelanggan ialah burgers dan pelbagai jenis burger dijual seperti Nanban Crispy Chicken, Moja-moja Beef, Gojira Spicy Chicken dan banyak lagi.

 

Selain daripada burger, ada juga makanan western, bowls, talam tokyo, snacks, milkshakes, cold drinks dan juga hot drinks. The tokyo burger buka setiap hari selasa hingga ahad pada jam 3 petang hingga 11 malam. Para pelanggan boleh makan di kafe, bungkus/ tapau ataupun delivery.

 

Alamat: B2 Arked MARA Masjid Tanah Jalan Masjid Tanah-Sg Udang 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Sumber: TOKYO BURGER MASJID TANAH

 

  1. CIK YUYU CREPE AND CAKES

 

Cik Yuyu Crepe & Cakes menjual pelbagai jenis makanan dan dessert seperti crepe, cakes, brownies, chocolate, cream puff, tart cheese dan banyak lagi dessert yang sedap dan menarik. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga makanan ready to eat, air-air viral, bouquet, kerepek-kerepek dan kuih raya turut dijual. 

 

Cik Yuyu menjual makanan berkonsepkan vendor yang mana beliau menjual makanan-makanan peniaga-peniaga kecil yang lain dan jualan utama Cik Yuyu ialah crepe dan cakes. Kedai dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Para pelanggan boleh membuat pembayaran secara cash, Qr Pay dan juga online payment.

 

Alamat: SU 894, 895 Jalan Bandar Baru 5 Taman Bandar Baru 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Sumber:CIK YUYU CREPE AND CAKES

 

  1. D’AMBANG SORE BATU TENGGEK LEMPENG KELAPA TANJUNG BIDARA

 

Kedai makan tradisional yang menyajikan pelbagai makanan dan makanan tarikan utama ialah lempeng kelapa dengan sambal pedas. Menu-menu lazat lain juga disediakan antaranya nasi goreng, rojak buah, sambal telur, nasi lemak, burger dan juga makanan barat. 

 

Kedai lempeng kelapa berdekatan dengan beberapa buah chalet disekitar situ. Kedai tersebut juga menyediakan banyak meja di tepi-tepi pantai dan pemandangan pantai yang cantik dan menarik sesuai untuk bergambar dan bersantai bersama keluarga.

 

Alamat: Jalan Sidang Haron Pasir Gembur Tanjung Bidara 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Sumber: LEMPENG KELAPA BATU TENGGEK

 

  1. BALL BEARING SEAFOOD BAY PENGKALAN BALAK

 

Mencari tempat makan atau tempat untuk healing sambil melihat pemandangan laut? Ballbearing Seafood Bay restaurant dengan berkonsepkan pemandangan laut dan anda boleh menikmati angin-angin atau bayu laut. 

Menu-menu makanan yang pelbagai sesuai untuk semua peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Antara menu-menu yang disajikan ialah makanan western, makanan laut, shellout, milkshake, bakar-bakar, coffee, mocktails, local food and drinks.

 

Alamat: Jalan Pantai Pengkalan Balak 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Sumber: BALL BAEARING PENGKALAN BALAK

 

  1. AWAL STATION KUALA SUNGAI BARU

 

Awal station buka setiap hari Jumaat hingga Selasa pada jam 4 petang hingga 11 malam dan pelbagai jenis makanan dijual antaranya nasi lemak, grill chicken chop, meatball, spaghetti bolognese, roti john dan air pelbagai jenis. 

 

Awal station diusahakan oleh En Mohd Awalluddin Ruzali ditanah milik ibunya untuk memajukan sebagai warung konkrit. Tempat yang cantik dan strategik berjaya menarik kehadiran pelanggan yang gemar menikmati pemandangan indah ditepi pantai terutama ketika matahari terbenam. 

 

Alamat: Awal Station, Jalan Kampung Solok 78200 Kuala Sungai Baru Melaka


Sumber:
AWAL STATION KUALA SUNGAI BARU