Nama

: Lim Hoi Moi

Umur

: 70 tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Pelajar merupakan seorang warga emas. Beliau berminat untuk menyertai pertandingan puisi bagi masyarakat Cina dan berpeluang mempelajari ilmu berkaitan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Beliau banyak menghabiskan masa di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru beliau dapat mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan komputer sebagai medium untuk mencari pelbagai maklumat dan mahir menggunakan aplikasi INSHOT bagi menghasilkan video.

 

133890890 3527692000649668 1967141122337364003 n

 

Nama

: En Muhammad Binti Derasip

Umur

: 46 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

En Muhammad Bin Derasip merupakan pengunjung Pusat Internet yang kerap mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baharu dan merupakan seorang pembantu kedai di Koperasi Melaka Barat, Masjid Tanah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Muhammad Bin Derasip tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer. Beliau juga tidak mempunyai pendedahan kepada perniagaan online dan hanya bertumpu kepada perniagaan secara offline sahaja. Sebelum ini, En Muhammad Bin Derasip banyak melakukan kerja-kerja separuh masa bagi menampung pendapatan beliau seperti memesin rumput dan membuat pengiklanan tempahan banner dan bunting.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru, En Muhammad Bin Derasip dapat mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan komputer sebagai medium pengiklanan. Sebelum ini, En Muhammad Bin Derasip juga pernah mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas Pusat Internet tentang apakah idea-idea menarik untuk menambahkan pendapatan sambil menceburi hobinya iaitu membuat jualan dan pemasaran produk.

 

WhatsApp Image 2020-01-30 at 3.45.47 PM

Nama

: Encik Zakaria (Akma Event & Catering

Umur

: 58 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang usahawan katering yang sudah berkecimpung selama lebih kurang 10 tahun dan kini berusaha untuk menghasilkan produk yang dipek dan dijual iaitu rendang daging dendeng dan juga sambal bilis kering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru petugas Mohamad Amri pernah mengajar beliau cara membuka laman perniagaan di Facebook. Selain itu juga beliau juga belajar cara untuk mengambil gambar dan terus poskannya di laman facebook perniagaan beliau. Petugas juga mengajar Encik Zakaria untuk menaip semula pakej katering yang ditawarkannya untuk pelanggan dengan lebih kemas menggunakan jadual dan disusun di dalam kolum yang berbeza. Selain itu juga Encik Zakaria telahpun mendapatkan perkhidmatan tempahan pelekat kepada produknya Sambal Bilis Garing dan juga Rendang Daging Dendeng.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru petugas Mohamad Amri pernah mengajar beliau cara membuka laman perniagaan di Facebook. Selain itu juga beliau juga belajar cara untuk mengambil gambar dan terus poskannya di laman facebook perniagaan beliau. Petugas juga mengajar Encik Zakaria untuk menaip semula pakej katering yang ditawarkannya untuk pelanggan dengan lebih kemas menggunakan jadual dan disusun di dalam kolum yang berbeza. Selain itu juga Encik Zakaria telahpun mendapatkan perkhidmatan tempahan pelekat kepada produknya Sambal Bilis Garing dan juga Rendang Daging Dendeng. 

 

Latar belakang

Cik Siti Nurfatihah Binti Ahmad, 26 tahun merupakan seorang Operator Quality Assurance di Konica Minolta yang pada mulanya membuat carian di internet bagi mencari kelas sambilan untuk mengisi masa terluang di samping dapat menjana pendapatan di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Siti Nurfatihah Binti Ahmad, 26 tahun hanya melayari internet menggunakan telefon pintar dan hanya membeli talian internet dengan waktu dan data yang singkat. Beliau hanya melayari internet bagi tujuan carian di Youtube. Beliau amat meminati drama dan lagu berbahasa Korea.Beliau tidak mengetahui platform lain yang bermanfaat untuk digunakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas selama hampir setahun, beliau akhirnya berjaya menjadi antara pelajar yang terbaik setakat ini. Beliau disarankan oleh En Yusof Chong untuk menduduki peperiksaan Japanase Language proficiency Test (JLPT) N5 pada 7 Julai 2019 dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

 

Nama

: Hanis Azira Binti Abd Rahman

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang graduan daripada Kolej Komuniti dan masih mencari pekerjaan. Oleh disebabkan tinggal berdekatan dengan Pasar Masjid Tanah, ibu bapa serta keluarganya sangat terdedah dengan budaya perniagaan makanan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanis merupakan seorang graduan dan berhasrat menjadi penjawat awam ataupun bekerja di dalam pejabat. Oleh kerana belum ada rezeki untuk bekerja di mana-mana jabatan ataupun syarikat swasta, beliau tidak senang duduk dan memulakan perniagaan membuat burger dengan bantuan keluarga. Oleh kerana suaminya seorang penjawat awam, beliau mendapat sokongan mantap daripada suami dan keluarga. Sebelum beliau berkunjung ke Pusat Internet, beliau tidak pernah tahu kegunaan pusat Internet malahan untuk membuat kerja kursusnya dahulu, beliau banyak menghabiskan wang untuk pergi ke kafe siber untuk perkhidmatan percetakan dan sebagainya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru Hanis baru membuka matanya tentang kegunaan Pusat Internet yang banyak membantunya memberikan inspirasi teruatamanya untuk menaik taraf perniagaannya menjadikannya lain dari yang lain. Kini, beliau banyak belajar teknik pemasaran atas talian menggunakan Facebook Whatsapp dan sebagainya. Petugas Pusat Internet juga membantu beliau mereka logo untuk syarikatnya dan kini produk burgernya sudah di tahap yang sangat membanggakan. Berkat usahanya memasarkan melalui atas talian, perniagaan Hanis Azira semakin maju dan kini beliau menerima kunjungan daripada orang luar Melaka juga.