Nama

: Suzanah Binti Mustajab

Umur

: 44 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan. Pelbagai jenis perniagaan diceburinya untuk membesarkan anak-anak dan menampung perbelanjaan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suzanah adalah peniaga kecil-kecilan yang banyak menceburi pelbagai bidang perniagaan sebelum ini. Antaranya, beliau pernah menjual kuih-muih, barangan produk kesihatan, dan juga kursus untuk membuat barangan kecantikan secara alami. Kebanyakan perniagaan yang diceburi olehnya tidak menggunakan sebarang bantuan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet Taman Bandar Baharu bagi mendapatkan khidmat mencetak kerana pada masa tersebut beliau aktif mengikuti kelas membuat sabun secara alami dengan rakannya. Pada permulaan tahun 2017, beliau memulakan perniagaan membuat kuih keria. Kuih keria beliau lain dari yang lain kerana hanya menggunakan keledek oren sahaja dan adunannya membuatkan keria buatan menjadi permintaan ramai. Sehingga kini, perniagaan beliau semakin maju. Kemudian, beliau mendapatkan khidmat nasihat untuk idea bagaimana untuk menaik taraf keadaan gerai beliau untuk menarik perhatian ramai. Petugas pusat Internet memberikan idea untuk memasarkannya melalui atas talian dan membuat promosi dengan membuat gegantung dan sepanduk yang boleh menarik minat ramai orang. Kini, pendapatan beliau pada hari biasa boleh mencecah RM 5000.00 dengan hanya menjual kuih keria.