Nama

: En Muhammad Binti Derasip

Umur

: 46 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

En Muhammad Bin Derasip merupakan pengunjung Pusat Internet yang kerap mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baharu dan merupakan seorang pembantu kedai di Koperasi Melaka Barat, Masjid Tanah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Muhammad Bin Derasip tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer. Beliau juga tidak mempunyai pendedahan kepada perniagaan online dan hanya bertumpu kepada perniagaan secara offline sahaja. Sebelum ini, En Muhammad Bin Derasip banyak melakukan kerja-kerja separuh masa bagi menampung pendapatan beliau seperti memesin rumput dan membuat pengiklanan tempahan banner dan bunting.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru, En Muhammad Bin Derasip dapat mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan komputer sebagai medium pengiklanan. Sebelum ini, En Muhammad Bin Derasip juga pernah mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas Pusat Internet tentang apakah idea-idea menarik untuk menambahkan pendapatan sambil menceburi hobinya iaitu membuat jualan dan pemasaran produk.

 

WhatsApp Image 2020-01-30 at 3.45.47 PM