Nama

: Hanis Azira Binti Abd Rahman

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang graduan daripada Kolej Komuniti dan masih mencari pekerjaan. Oleh disebabkan tinggal berdekatan dengan Pasar Masjid Tanah, ibu bapa serta keluarganya sangat terdedah dengan budaya perniagaan makanan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanis merupakan seorang graduan dan berhasrat menjadi penjawat awam ataupun bekerja di dalam pejabat. Oleh kerana belum ada rezeki untuk bekerja di mana-mana jabatan ataupun syarikat swasta, beliau tidak senang duduk dan memulakan perniagaan membuat burger dengan bantuan keluarga. Oleh kerana suaminya seorang penjawat awam, beliau mendapat sokongan mantap daripada suami dan keluarga. Sebelum beliau berkunjung ke Pusat Internet, beliau tidak pernah tahu kegunaan pusat Internet malahan untuk membuat kerja kursusnya dahulu, beliau banyak menghabiskan wang untuk pergi ke kafe siber untuk perkhidmatan percetakan dan sebagainya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru Hanis baru membuka matanya tentang kegunaan Pusat Internet yang banyak membantunya memberikan inspirasi teruatamanya untuk menaik taraf perniagaannya menjadikannya lain dari yang lain. Kini, beliau banyak belajar teknik pemasaran atas talian menggunakan Facebook Whatsapp dan sebagainya. Petugas Pusat Internet juga membantu beliau mereka logo untuk syarikatnya dan kini produk burgernya sudah di tahap yang sangat membanggakan. Berkat usahanya memasarkan melalui atas talian, perniagaan Hanis Azira semakin maju dan kini beliau menerima kunjungan daripada orang luar Melaka juga.