Nama |
: Aira Natasha Binti Sohaimi |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Aira Natasha merupakan seorang pelajar university yang kini sedang menuntut di Kuala Lumpur dan telahpun mempelopori bidang perniagaan bersama keluarganya sejak kecil.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempunyai asas tentang pengetahuan komputer tetapi cuma terhad kepada menaip dan pengetahuan tentang internet juga kurang meluas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru Aira Natasha banyak membantu ibu bapa mereka menaip iklan iklan kecil untuk perniagaan mereka di merata tempat. Untuk pembuatan dan pemasaran popia cheese yang dipanggil sebagai ‘The Crunchiesz’ ini, Aira menggunakan platform instagram sebagai teknik pengiklanan utamanya. Ini juga adalah hasil saranan daripada petugas di Pusat Internet. Berkat usahanya memasarkan melalui atas talian, perniagaan Aira pada bulan Ramadhan 2019 telah menjangkaui sasarannya. Beliau amat berbangga kerana beliau juga dikenali oleh rakan-rakan di universiti sebagai seorang usahawan muda yang berani.