Nama

: Ismail Bin Samid

Umur

: 51 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Perniagaan membuat tempahan makanan dan minuman (catering),penyediaan persiapan tempat dan khemah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Ismail Bin Samid, 51 tahun merupakan seorang pesara tentera dan merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteren ATM Cawangan Masjid Tanah. Beliau kini sedang berkecimpung dalam dunia perniagaan perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman (catering) serta sewaan khemah serta kerusi meja untuk sebrang majlis perkahwinan, keraian dan sebagainya. Beliau merupakan pengunjung Pusat Internet yang kerap mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baharu dan sering memberikan khidmat sewaan khemah, kerusi dan meja kepada Pusat Internet Taman Bandar Baru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Ismail Bin Samid tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer. Beliau hanya banyak menggunakan telefon bimbit untuk sebarang urusan perniagaan dan tidak aktif di laman media sosial.Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru, En Ismail Bin Samid dapat mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan komputer sebagai medium pengiklanan. Beliau juga mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas Pusat Internet tentang apakah idea-idea menarik untuk menarik perhatian pengguna semasa mengiklankan perniagaan beliau di media sosial. Berkat usahanya memasarkan melalui atas talian, perniagaan En Ismail Bin Samid semakin maju dan berkembang. Menerusi laman Facebook yang juga dikendalikan olehnya sendiri, En Ismail Bin Samid mendapat permintaan yang banyak terutamanya menjelang musim cuti persekolahan yang agak padat dengan majlis perkahwinan. En Ismail Bin Samid juga pernah mengikuti kelas Microsot Office serta Adobe Photoshop bagi mempelajari cara membuat surat rasmi dan cara membuat logo perniagaan kerana beliau turut serta menghadiri kelas ini di Pusat Internet dengan Persatuan Veteren ATM Cawangan Masjid Tanah.

Nama

: Aira Natasha Binti Sohaimi

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Aira Natasha merupakan seorang pelajar university yang kini sedang menuntut di Kuala Lumpur dan telahpun mempelopori bidang perniagaan bersama keluarganya sejak kecil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai asas tentang pengetahuan komputer tetapi cuma terhad kepada menaip dan pengetahuan tentang internet juga kurang meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru Aira Natasha banyak membantu ibu bapa mereka menaip iklan iklan kecil untuk perniagaan mereka di merata tempat. Untuk pembuatan dan pemasaran popia cheese yang dipanggil sebagai ‘The Crunchiesz’ ini, Aira menggunakan platform instagram sebagai teknik pengiklanan utamanya. Ini juga adalah hasil saranan daripada petugas di Pusat Internet. Berkat usahanya memasarkan melalui atas talian, perniagaan Aira pada bulan Ramadhan 2019 telah menjangkaui sasarannya. Beliau amat berbangga kerana beliau juga dikenali oleh rakan-rakan di universiti sebagai seorang usahawan muda yang berani.

Nama

: Nazrul Haqimi Bin Senen

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Merupakan seorang peniaga separuh masa yang juga mempunyai kerja di kantin kolej. Beliau belajar buat kuih dari keluarganya sendiri yang mendorong beliau membuka sebuah syarikat kecil-kecilan membuat produk Industri Kecil Sederhana seperti dadih, bahulu, denderam dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tiada asas langsung dalam penggunaan komputer dan cuma berniaga secara offline sahaja di gerai, kedai dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan komputer dan internet dan mempunyai inisiatif untuk memasukkan profil perniagaannya di Facebook. Selain itu beliau juga mendapat khidmat nasihat perniagaan daripada rakan-rakan berniaga sepertinya dan mengambil peluang untuk mendapatkan bantuan daripada pelbagai agensi seperti PELADANG dan FAMA untuk mendapatkan bekalan label pelekat produknya. Setelah mendapat nasihat daripada petugas Pusat Internet, beliau membuka laman facebooknya sendiri dan juga menempah stickernya sendiri. Selain itu, beliau juga sentiasa mencari inovasi baru dalam perniagaannya seperti menempah bekas kotak, beg goodies dan sebagainya. 

 

Nama

: Suzanah Binti Mustajab

Umur

: 44 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan. Pelbagai jenis perniagaan diceburinya untuk membesarkan anak-anak dan menampung perbelanjaan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suzanah adalah peniaga kecil-kecilan yang banyak menceburi pelbagai bidang perniagaan sebelum ini. Antaranya, beliau pernah menjual kuih-muih, barangan produk kesihatan, dan juga kursus untuk membuat barangan kecantikan secara alami. Kebanyakan perniagaan yang diceburi olehnya tidak menggunakan sebarang bantuan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet Taman Bandar Baharu bagi mendapatkan khidmat mencetak kerana pada masa tersebut beliau aktif mengikuti kelas membuat sabun secara alami dengan rakannya. Pada permulaan tahun 2017, beliau memulakan perniagaan membuat kuih keria. Kuih keria beliau lain dari yang lain kerana hanya menggunakan keledek oren sahaja dan adunannya membuatkan keria buatan menjadi permintaan ramai. Sehingga kini, perniagaan beliau semakin maju. Kemudian, beliau mendapatkan khidmat nasihat untuk idea bagaimana untuk menaik taraf keadaan gerai beliau untuk menarik perhatian ramai. Petugas pusat Internet memberikan idea untuk memasarkannya melalui atas talian dan membuat promosi dengan membuat gegantung dan sepanduk yang boleh menarik minat ramai orang. Kini, pendapatan beliau pada hari biasa boleh mencecah RM 5000.00 dengan hanya menjual kuih keria.

 

Nama

: Rokiah Binti Jaafar

Umur

: 65 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Merupakan seorang pesara dan surirumah. Mula bergiat menjalankan perniagaan makanan hasil daripada minat keluarga dan adik beradik. Beliau mempunyai kepakaran dalam memasak makanan barat yang sedap dan menawarkan harga yang berpatutan. Beliau dan adik beradiknya mempunyai kedai makan di kawasan Lendu Alor Gajah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tiada asas dalam penggunaan komputer dan tidak tahu bagaimana hendak mengiklankan perniagaannya melalui internet. Cuma berniaga dengan cara tradisional sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan komputer dan internet dan mempunyai inisiatif untuk memasukkan iklan-iklan dan gambar makanan di dalam laman facebook untuk tujuan promosi. Semenjak belajar untuk menggunakan internet juga beliau memasukkan perniagaannya di dalam google maps yang membantu pelanggan untuk mengetahui lokasi perniagaannya.