Nama

: Naddia Farhana A. Rahman

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Merupakan seorang graduan daripada IPTA. Setelah menamatkan pengajian, beliau menemui jodoh dan berkahwin dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Setelah berkahwin, beliau cuba mencari pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan namun tidak berkekalan. Beliau tidak dapat mencapai impiannya untuk bekerja dan apabila beliau perlu membesarkan beberapa orang anak kecil, itu merumitkan hasratnya untuk bekerja. Beliau cuma berusaha untuk membuat tempahan kuih 1 hingga 2 jenis secara kecil-kecilan di rumah sahaja dengan bantuan ibu mertuanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak dapat mencapai impiannya untuk bekerja dan apabila beliau perlu membesarkan beberapa orang anak kecil, itu merumitkan hasratnya untuk bekerja. Beliau cuma berusaha untuk membuat tempahan kuih 1 hingga 2 jenis secara kecil-kecilan di rumah sahaja dengan bantuan ibu mertuanya. Beliau juga berniaga di tepi jalan di Pengkalan Balak dengan membuka payung dan menjual nasi lemak dan kuih muih.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berjinak-jinak dengan laman Facebook dan Instagram, beliau mula mengambil tempahan pukal untuk pelajar-pelajar IPT di sekitar Masjid Tanah. Beliau juga mengambil pesanan tempahan makanan hanya melalui Whatsapp sahaja. Kini beliau tidak perlu begitu kerap berniaga di tepi jalan lagi kerana tempahan atas taliannya sudah lebih daripada cukup. Tempahan pukal yang diterimanya memberangsangkan. Hampir setiap hari ada tempahan dari pelajar-pelajar IPT tersebut. Rata-rata mereka puas hati dengan saiz hidangan dan harga yang berpatutan yang ditawarkan beliau. Terutama sekali, pelajar amat berpuas hati dengan rasa yang sedap sajian makanan yang disediakan Naddia. Pada bulan Januari, Naddia telah mengikuti kelas membuat roti yang telah dianjurkan di Pusat Internet Taman Bandar Baharu dan berminat untuk mendaftarkan keahliannya di sini. Setelah itu, Pusat Internet 1Malaysia sentiasa menempah makanan dari beliau.