Nama

: Pn Tengku Hijrah

Umur

: 41 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Merupakan seorang pengusaha perniagaan membuat balsem menthol dan juga jurulatih untuk kelas latihan intensif membuat balsam di Melaka dan Kuala Lumpur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau adalah melalui kelas-kelas intensif pembuatan balsem di sekolah-sekolah dan mini RTC di sekitar Melaka. Beliau juga mengadakan kelas di luar Melaka sehingga ke Kuala Lumpur dan sebagainya. Beliau juga membuat balsem menthol untuk kegunaan sakit-sakit urat dan selsema yang dibekalkan kepada agen-agen.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan Facebook, Instagram dan juga Whatsapp beliau dapat memasarkan sabun organik yang dibuatnya dengan menggunakan platform media sosial. Beliau juga mendaftarkan perniagaannya menggunakan nama Vie Naturel dan membuat produknya sendiri. Selain itu dengan hasil rundingan dengan petugas Pusat Internet, beliau mencipta penjenamaan sendiri untuk produk balsem yang dihasilkannya. Setiap hasil pembuatannya, beliau mengambil gambar dan memuatnaik ke dalam akaun Instagram sekaligus dikongsikan ke dalam laman Facebooknya. Semenjak beliau selalu mengunjungi Pusat Internet, beliau dapat pertolongan dari petugas untuk mengetahui bagaimana cara-caranya untuk menambahbaikkan persembahan Power Pointnya, memperbaiki iklan di Facebook. Selain itu juga, beliau turut membuat kerjasama dengan Pusat Internet Taman Bandar Baru untuk mengadakan kelas membuat sabun di dalam Pusat Internet pada bulan Mei 2017. Kelas ini berjalan dengan lancar dan setiap peserta yang mengikuti kelas ini dikenakan cas yuran sebanyak RM 15.00 sahaja.