Nama

: Mohamad Amri Shamsudin

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang pengusaha perniagaan percetakan yang kini sedang berusaha untuk melebarkan sayapnya sedikit demi sedikit daripada bermula operasi perniagaannya di rumah. Kini dia sedang melantik beberapa agen-agen jualan untuk menjual produk-produk dan servisnya. Walaupun tidak mempunyai premis kedai lagi, beliau cuma berniaga secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau 100% bergantung kepada peggunaan internet yang mana di dalam pendaftaran perniagaanya terletak ‘ perniagaan online’ sebagai jenis perniagaan yang dijalankannya. Sebelum ini beliau cuma berharap penggunaan internet streamyx di rumah dengan kelajuan 1.0 Mbps yang agak perlahan terutama apabila beliau ingin menghantar fail untuk dicetak ke kilang, proses memuatnaik fail ke dalam e-mel memakan masa yang lambat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ramai komuniti setempat sekarang tahu bahawa beliau menawarkan khidmat percetakan yang cepat mudah murah dan pantas. Selain membantu komuniti setempat dengan penggunaan internet, penglibatan beliau dengan Pusat Internet ini juga sedikit sebanyak dapat membantu meraih pendapatan yang lebih lumayan buat beliau. Proses memuatnaik kerja dan proses pencarian kaji selidik produk untuk tempahan-tempahan beliau kini lebih lancar dengan kelajuan internet 8.0 Mbps di Pusat Internet yang membolehkan beliau mendapatkan pelbagai bahan-bahan untuk menghasilkan idea-idea yang menarik bagi tempahannya.

Nama

: Nabihah Binti Kadir

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang pengusaha perniagaan membuat pelbagai kuih-muih tradisional. Pada mulanya perniagaannya hanya bermula dengan membuat satu jenis kuih sahaja iaitu kuih bahulu. Seterusnya setelah perniagaannya mulai berkembang dan lebih dikenali ramai, produknya bertambah sehingga kini mempunyai 75 jenis produk yang pelbagai seperti creampuff, karipap sejuk beku, tart buah dan juga cheese tart. Kini produk Naqik Cookies ini telah mendapat pengiktirafan sijil Halal dan pemasarannya juga berkembang sehingga ke AgroBazaar Singapura.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada zaman dahulu sebelum berkembangnya teknologi internet di kawasan daerah Masjid Tanah, Nabihah dan keluarga hanya membuat kuih dan biskut dan dipasarkan secara manual dari sekolah ke sekolah serta mendapat tempahan daripada penduduk setempat sahaja melalui kawan-kawan yang dikenalinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tetapi setelah Nabihah dan keluarganya mendapatkan perkhidmatan talian telefon serta internet Streamyx di rumahnya pada tahun 2009, mereka mulai mendapati perniagaanya semakin dikenali. Apatah lagi kini dengan berkembangnya teknologi telefon pintar dengan pelbagai aplikasi yang memudahkan penggunaan seperti Whatsapp dan Facebook, Nabihah dapat memasarkan perniagaannya dengan lebih berkesan. Dia juga lebih senang menguruskan tempahan pelanggan dan kini dia lebih dapat melebarkan perniagaannya sehingga luar daripada Melaka. Nabihah mendapatkan khidmat pembinaan laman web sendiri mulai tahun 2010 daripada berjayaweb.com selain daripada mempunyai akaun facebook untuk perniagaannya sendiri. Dia juga tidak menafikan bahawa penggunaan Instagram sangat berkesan dalam mengiklankan produk-produknya.

SUCCESSSTORY5