Nama

: Nabihah Binti Kadir

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang pengusaha perniagaan membuat pelbagai kuih-muih tradisional. Pada mulanya perniagaannya hanya bermula dengan membuat satu jenis kuih sahaja iaitu kuih bahulu. Seterusnya setelah perniagaannya mulai berkembang dan lebih dikenali ramai, produknya bertambah sehingga kini mempunyai 75 jenis produk yang pelbagai seperti creampuff, karipap sejuk beku, tart buah dan juga cheese tart. Kini produk Naqik Cookies ini telah mendapat pengiktirafan sijil Halal dan pemasarannya juga berkembang sehingga ke AgroBazaar Singapura.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada zaman dahulu sebelum berkembangnya teknologi internet di kawasan daerah Masjid Tanah, Nabihah dan keluarga hanya membuat kuih dan biskut dan dipasarkan secara manual dari sekolah ke sekolah serta mendapat tempahan daripada penduduk setempat sahaja melalui kawan-kawan yang dikenalinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tetapi setelah Nabihah dan keluarganya mendapatkan perkhidmatan talian telefon serta internet Streamyx di rumahnya pada tahun 2009, mereka mulai mendapati perniagaanya semakin dikenali. Apatah lagi kini dengan berkembangnya teknologi telefon pintar dengan pelbagai aplikasi yang memudahkan penggunaan seperti Whatsapp dan Facebook, Nabihah dapat memasarkan perniagaannya dengan lebih berkesan. Dia juga lebih senang menguruskan tempahan pelanggan dan kini dia lebih dapat melebarkan perniagaannya sehingga luar daripada Melaka. Nabihah mendapatkan khidmat pembinaan laman web sendiri mulai tahun 2010 daripada berjayaweb.com selain daripada mempunyai akaun facebook untuk perniagaannya sendiri. Dia juga tidak menafikan bahawa penggunaan Instagram sangat berkesan dalam mengiklankan produk-produknya.

SUCCESSSTORY5