Tarikh |
17 Februari 2019 |
Masa |
Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
8.30 Pagi - 2.00 petang |
Peserta |
63 peserta |
Tujuan
Untuk merapatkan hubungan komuniti Taman Bandar Baharu, memberi peluang kepada penduduk taman berbilang bangsa dari segala lapisan umur untuk menyertai program sihat sukaneka yang menyediakan hadiah-hadiah menarik. Pusat Internet juga berpeluang untuk memberi sedikit taklimat kesedaran keselamatan internet dan juga pemeriksaan kesihatan.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Setelah itu Pusat Internet telah pun menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan dan juga kuiz KDB. Penduduk taman yang berminat boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan berat, tinggi, tekanan darah, ukur lilit pinggang, nadi BMI dan sebagainya. Setelah itu, sukaneka bermula. Sukaneka ini terbuka kepada kategori dewasa untuk penduduk taman. Pelbagai acara menarik diadakan. Setelah itu, ceramah keselamatan internet diberikan oleh wakil dari PDRM Caw. Masjid Tanah, wakil AADK dan juga seterusnya disusuli oleh sepatah dua kata oleh pengerusi taman.