Tarikh

25 Mei 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 Pagi - 5.00 petang

Peserta

3 peserta

Tujuan

Untuk memberikan pendedahan serta latihan dalam kursus yang dipelajari mereka di Universiti tentang cara memperkembangkan perniagaan melalui pelbagai cara di internet. Cara- cara tersebut termasuklah mengiklankan produk di dalam aplikasi telefon mudah alih, iklan di dalam laman web seperti mudah.my dan juga menghebahkan melalui media sosial.

Aktiviti

Pada jam 3.00 petang tiga orang pelajar daripada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) datang untuk mempelajari sekali lagi cara-cara berniaga secara atas talian dengan lebih komprehensif. Pada bulan Mac yang lalu, 3 orang pelajar ini yang juga merupakan rakan-rakan sekelas telahpun mendapat penerangan ringkas tentang cara-cara mempromosikan barang secara online. Ini adalah merupakan kali kedua pelajar-pelajar KUIM ini hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari secara mendalam. Pelbagai topik dipelajari mereka antaranya adalah cara mengambil gambar, memasukkan iklan di dalam laman Mudah.my Peserta diajarkan cara untuk mencipta iklan di dalam laman mudah.my, mencipta akaun Carousel melalui aplikasi telefon mudah alih dan juga mencipta laman perniagaan di dalam Facebook