PASAR MASJID TANAH
Pasar Masjid Tanah ini merupakan pasar utama kunjungan semua penduduk Masjid Tanah, menawarkan pelbagai bahan mentah, sayur-sayuran dan juga makanan.
STESEN BAS MASJID TANAH
Stesen bas Masjid Tanah kini dalam proses penambahbaikan kepada stesen baru. Di dalam gambar di atas merupakan stesen bas Masjid Tanah yang lama yang telah beroperasi semenjak bertahun lamanya. Stesen bas Masjid Tanah yang baru juga kekal di tempat yang sama cuma berwajah baru yang lebih moden.
PERPUSTAKAAN AWAM MASJID TANAH
Perpustakaan awam ini merupakan gedung ilmu , naskah-naskah pembelajaran dan majalah-majalah ilmiah yang berguna buat rujukan pengunjung, pelajar serta semua komuniti setempat.
BANK-BANK DI MASJID TANAH
Pelbagai bank yang terdapat di Masjid Tanah. Antaranya ialah Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional.
TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN MASJID TANAH
Di sini adalah tempat pengunjung untuk beriadhah kerana lokasinya yang menarik, sesuai untuk sukan berjogging. Juga terdapat ruang rehat dan tempat makan di sini.
TAMAN REKREASI DURIAN DAUN MASJID TANAH
Taman Rekreasi ini baru dibuka dan menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh Masjid Tanah untuk bersukan, berjogging, latihan aerobik, zumba dan sebagainya. Terletak di kolam Masjid Salmah Khamis Durian Daun.
MASJID SALMAH KHAMIS, DURIAN DAUN MASJID TANAH
Masjid ini dibinakan khas dengan konsep masjid terapung, khas untuk pelajar sekolah Imtiaz Ulul Albab Masjid Tanah. Kini masjid ini menjadi salah sebuah ikon utama di Masjid Tanah
MASJID JAMEK PUTRA (BAHARU) MASJID TANAH
Masjid ini baru sahaja dirasmikan dan kini menjadi ikon Masjid Tanah, menggantikan Majid Jamek Putra yang lama. Dibinakan dengan senibina yang serba putih, masjid ini unggul sebagai tempah ibadah, program keagamaan dan kenduri.
PEJABAT POS MASJID TANAH
Pejabat pos ini terletak cuma berhadapan dengan Masjid Jamek Putra yang baharu dan ini merupakan tempat masyarakat menunaikan urusan penghantaran barang, dan lain-lain.