MASJID TANAH SENTRAL  

Stesen bas Masjid Tanah atau kini lebih dikenali sebagai Masjid Tanah Sentral ialah kemudahan awam seperti pengangkutan bas dan juga teksi yang digunakan oleh rakyat untuk menuju ke suatu tempat seperti ke Pekan Masjid Tanah, Pekan Kuala Sg Baru, Bandar Melaka dan juga ke TBS, Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas di Masjid Tanah bukan sahaja membawa penumpang ke sekitar Melaka, malah terdapat juga perkhidmatan bas ekspress ke Terminal Bas Selatan (TBS).

Alamat: Kawasan Perindustrian Ringan, 78300 Masjid Tanah, Melaka

 

Pejabat Pos Masjid Tanah  

Pejabat Pos Masjid Tanah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk komuniti setempat antaranya perbaharui insurans kenderaan, insurans hayat, pembaharuan cukai Jalan (Roadtax), lessen memandu, pelaburan ASNB, kiriman wang domestik dan antarabangsa, pembayaran bil utiliti, zakat, wakaf, e-pay, cukai taksiran/cukai pintu, saman JPJ dan juga perkhidmatan Ar-rahnu.

Alamat: JKR 2880 Jalan Besar 78300 Masjid Tanah Melaka

 

SAMB Masjid Tanah  

SAMB adalah syarikat air melaka berhad yang berfungsi untuk membekalkan air kepada orang ramai, industry-industri dan lain-lain di seuruh Melaka dengan memastikan keantiti yang mencukupi, kos yang ekonomi, mutu yang baik dan perkhidmatan yang cekap dan mesra. SAMB mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan

Alamat: Syarikat Air Melaka Berhad Cawangan Masjid Tanah 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Tabung Haji (TH) Masjid Tanah  

Tabung Haji adalah institusi pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. TH sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain daripada pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit.

Alamat: TH Masjid Tanah (Lembaga Tabung Haji) Jalan Besar 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Bank Islam Masjid Tanah  

Bank Islam merupakan perkhidmatan yang menyediakan kemudahan untuk masyarakat untuk menggunakan mesin ATM, CDM, bayaran takaful dan juga perkhidmatan pembayaran zakat dan pelaburan. Selain itu, pihak bank islam juga menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu, pengurusan kewangan, pelaburan dan deposit.

Alamat: Kompleks Perniagaan Masjid Tanah 78300 Masjid Tanah Melaka

 

Bank Rakyat Masjid Tanah  

Bank Islam adalah bank yang menjadi pilihan penjawat awam. Bank rakyat menyediakan perkhidmatan seperti transaksi akaun simpanan, pembayaran bagi semua jenis pembiayaan Bank Rakyat, transaksi tabung haji, pembayaran bil setempat, tambah nilai prabayar dan banyak lagi

Alamat: MT 2893-2895 Jalan Taman Bnadar Baru Utama, Taman Bandar Baru 78300 Masjid Tanah Melaka

No Telefon: 06-384 5866

 

Bank Islam Masjid Tanah  

Maybank Masjid Tanah menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti mana bank-bank lain juga menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Antaranya akaun simpanan, akaun semasa, deposit tetap, kad kredit, kad debit, kad “charge”, kad prepaid, pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan, pembiayaan sewa beli, pelaburan, perlindungan insuran dan sebagainya.

Alamat: 942, Masjid Tanah Branch SU 943 & 944 Jalan Bandar Baru 6 Taman Bandar baru, Masjid Tanah 78300 Melaka

No Telefon: 06- 384 2323