Nama

: Pn Tengku Hijrah Bt Tengku A. Razak

Umur

: 41 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang pengusaha perniagaan membuat sabun secara asli di rumah yang menggunakan bahan-bahan asli, ekstrak buah-buahan yang asli dan juga pewangi yang merupakan dari bekalan aroma yang diiktiraf untuk pembuatan sabun organik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau adalah melalui kelas-kelas intensif pembuatan sabun di sekolah-sekolah dan mini RTC di sekitar Melaka. Beliau juga mengadakan kelas di luar Melaka sehingga ke Kuala Lumpur dan sebagainya. Perniagaan beliau sebelum menggunakan ICT adalah cuma dari mulut ke mulut sahaja.Selain itu beliau turut mengedarkan brosur perniagaannya di serata tempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan Facebook, Instagram dan juga Whatsapp beliau dapat memasarkan sabun organik yang dibuatnya dengan menggunakan platform media sosial.Setiap hasil pembuatannya, beliau mengambil gambar dan memuatnaik ke dalam akaun Instagram sekaligus dikongsikan ke dalam laman Facebooknya. Semenjak beliau selalu mengunjungi Pusat Internet, beliau dapat pertolongan dari petugas untuk mengetahui bagaimana cara-caranya untuk menambahbaikkan persembahan Power Pointnya, memperbaiki iklan di Facebook. Selain itu juga, beliau turut membuat kerjasama dengan Pusat Internet Taman Bandar Baru untuk mengadakan kelas membuat sabun di dalam Pusat Internet pada bulan Mei 2017. Kelas ini berjalan dengan lancar dan setiap peserta yang mengikuti kelas ini dikenakan cas yuran sebanyak RM 15.00 sahaja.