Nama

: Norrisma Aida Binti Ahmad

Umur

: 29 tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Puan Norrisma Aida Binti Ahmad merupakan seorang ibu kepada seorang anak & merupakan jurujual separuh masa atas talian menjual skincare Ainaa Beauty untuk menolong suaminya untuk menambahkan pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Puan Norrisma Aida mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi di dalam komputer. Beliau juga tidak mempunyai pendedahan kepada perniagaan online dan hanya bertumpu kepada perniagaan secara offline sahaja. Beliau juga menghadiri kelas keusahawanan yang dianjurkan Pusat Internet untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengunjungi Pusat Internet Taman Bandar Baru beliau  dapat mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan komputer sebagai medium pengiklanan. Sebelum ini, Puan Norrisma Aida juga pernah mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas Pusat Internet tentang perniagaan e-commerce dan telah menggunakan aplikasi Shopee dan Instagram sebagai medium pengiklanan pemasaran.

Selepas mengikuti kelas keusahawanan anjuran Pusat Internet dan menggunakan aplikasi Instagram dan Shopee, perniagaan beliau semakin baik dan pendapatan bulanan beliau bertambah antara RM100-RM200.

5ce3e2ea-c05b-480f-9f67-47cd20e91234