Tarikh

25 Julai 2020

Masa

10 pagi -1 tengahari

Lokasi

Pusat Internet Taman Bandar Baru

Peserta

2 orang

 

Tujuan

Pelajar boleh meningkatkan kefahaman tentang cara mencari maklumat mengenai task yang diberi guru di sekolah.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan memahamai tajuk yang diberi guru sekolah kepada mereka.

Selepas itu petugas menunjukkan cara mencari bahan rujukan & gambar yang perlu dicari mengikut tajuk kerja sekolah.

Setelah pelajar tahu tentang cara melayari dan mencari bahan sendiri,mereka boleh mencari nya sendiri tanpa bantuan petugas .

Tarikh

29 Feb 2020 

Masa

10 pagi -1 tengahari

Lokasi

Pusat Internet Taman Bandar Baru

Peserta

1 orang

 

Tujuan

Membantu pelajar memohon kemasukan ke IPTA& IPTS.

 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan memberikan pelajar membuka portal IPTA & IPTS yang berkenaan. Setelah pelajar tahu tentang portal online IPTA & IPTS memudahkan mereka untuk mengisi portal tersebut. Tenaga pengajar mengakhiri kelas pada pukul 1.00 petang.

Tarikh

11 Disember 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

9.00 Pagi - 1.00 tengah hari

Peserta

9 peserta

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik masakan menggunakan periuk tekanan Cuckoo yang mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan menyediakan masakan dengan cepat dan mudah. 

Aktiviti

Pengajar menerangkan mengenai perniagaan syarikat Cuckoo dan cara memasak menu masakan iaitu pulut, dodol dan laksa. Makanan mudah disediakan dengan menggunakan peiuk tekanan Cuckoo. 

 

Tarikh

7 Januari 2020

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

3.00 petang - 5.00 petang

Peserta

3 peserta

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara membuat jadual waktu persekolahan menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel. 

Aktiviti

Pengajar menerangkan mengenai asas penggunaan Microsoft Word dan Excel. Cara memasukkan baris dan lajur untuk menghasilkan jadual dan menukar 'design' jadual. Setelah pelajar memasukkan jadual yang dikehendaki, mereka juga diperkenalkan dengan cara menambahkan warna-warna yang menarik di dalam kekotak jadual mereka. Selain itu, mereka juga diajar untuk cara memadam garisan kekotak dengan menggunakan tab table tool>eraser. Selain itu, mereka juga diajar cara menambahkan garisan kekotak dengan menggunakan tool ‘ draw table’.

Tarikh

16 November 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

9.00 Pagi - 12.00 tengah hari

Peserta

18 peserta

Tujuan

Untuk menyiapsiagakan peniaga industri makanan sebelum berniaga agar mematuhi undang-undang berkaitan dengan kebersihan makanan dan diri. Program ini juga mewujudkan kesedaran dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang industri makanan dan bagaimana cara mengendali premis dengan bersih.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Setelah itu peperiksaan dimulakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan peserta terhadap kebersihan dan penjagaan makanan. Seterusnya ceramah dimulakan dan diakhiri juga dengan peperiksaan kali kedua. Semua peserta diberikan sijil. Sesi bergambar beramai-ramai pula dilakukan sebelum semuanya bersurai.