Tarikh |
29 Oktober 2019 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
2.00 petang hingga 5.00 petang |
Peserta |
1 peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta bagi mempelajari asas menggunakan Microsoft Excel.
Aktiviti
Pengenalan diberikan tentang kegunaan Microsoft Excel dalam kehidupan seharian dan apakah perbezaan fungsinya dengan perisian Microsoft Office yang lain. Sesi kelas berakhir pada jam 5.00 petang.
Tarikh |
18 September 2019 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
12.00 tengah hari - 1.00 tengah hari |
Peserta |
9 peserta |
Tujuan
Untuk memberikan pendedahan kepada fungsi Multi Cooker Cuckoo yang boleh memasak pelbagai jenis menu, juga membuka peluang perniagaan kepada usahawanita menjual produk ini dan menjana pendapatan lumayan untuk keluarga.
Aktiviti
Aktiviti telah dijalankan dengan memasak pelbagai jenis lauk. Untuk hari ini, 2 jenis masakan diajarkan kepada peserta iaitu Nasi Briyani dan dodol. Peserta yang berminat untuk membeli dodol yang telah siap dimasak panas-panas boleh terus membelinya.
Tarikh |
6,13,20,27 Ogos 2019 |
Masa |
Bilik Latihan PI Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
2.00 Petang – 6.00 petang |
Peserta |
3 peserta |
Tujuan
Untuk meningkatkan daya saing dalam pekerjaan dan perniagaan dengan mempelajari bahasa Jepun
Aktiviti
Aktiviti ini biasanya dianjurkan pada setiap hari sabtu. Yuran dikenakan sebanyak RM50 sebulan dan yuran pendaftaran sebanyak RM20 sahaja. Program ini adalah satu program hasil kerjasama dengan program ziarah Mualaf dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Pelajar diajarkan cara menulis, menghafal kosa kata bahasa Jepun dan belajar berkomunikasi dalam bahasa Jepun selain mereka dapat juga membaca buku dalam bahasa Jepun
Tarikh |
18 Ogos 2019 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
8.00 Pagi - 12.00 tengah hari |
Peserta |
100 peserta |
Tujuan
Untuk memberikan pendedahan serta kesedaran kepada penduduk setempat tentang kegunaan Pusat Internet sebagai pusat ICT yang mapan dan juga pusat untuk pemeriksaan kesihatan yang mudah dan ringkas.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program berlangsung antaranya pertandingan mengarang artikel, kuiz klik dengan bijak, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, dan senamrobik. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari.
Tarikh |
20 & 28 Jun 2019 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
2.00 Pagi - 5.00 petang |
Peserta |
4 peserta |
Tujuan
Untuk memberikan pendedahan serta latihan menggunakan perisian Microsoft Words yang semakin penting untuk pelajar-pelajar di bangku sekolah. Perisian ini adalah perisian yang paling penting dan harus diberikan latih tubi dari bangku sekolah lagi supaya mereka bersedia di alam kolej, universiti dan pekerjaan kelak.
Aktiviti
Peserta diberikan latihan menaip sekaligus dapat menyiapkan kerja kursus mereka. Latihan diberikan secara berperingkat, daripada muka depan kerja kursus, isi kandungan , sehinggalah penutup. Dalam latihan yang diberikan petugas mengajarkan peserta cara-cara menyusun gambar untuk nampak lebih kemas dan teratur. Untuk kelas yang dilangsungkan pada 28 haribulan pula, peserta yang mengikuti kelas ini dapat mempelajari teknik memindahkan gambar daripada whatsapp web dan seterusnya memasukkannya ke dalam Microsoft Words agar dijadikan kerja kursus yang kemas.