Tarikh

15 Julai 2018

Masa

Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu

Lokasi

9.00 Pagi – 2.00 Petang

Peserta

50 peserta

 

Tujuan

Untuk mempromosikan Pusat Internet, Dashboard Komuniti dan memperkasakan pelbagai nilai advokasi SKMM mengenai Klik Dengan BIjak. Dalam program ini juga terdapat kemahiran keusahawana seperti E-Rezeki, Kelas Asas Kecantikan Mary Kay, Pengumpulan sisa mobile E-Waste dan juga kuiz Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada hari ini yang diakhiri dengan jamuan aidilfitri Taman bandar Baharu. Program ini adalah gabungan dengan hasil kerjasama Persatuan Penduduk Taman Bandar Baharu, Sabahat AIM dan juga Skuad Elit Wanita SEJIWA.

 

 

Tarikh

10 Jun 2018

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 Pagi – 5.00 petang

Peserta

13 peserta

 

Tujuan
Memberi pendedahan kepada pengguna supaya menyemak barangan elektronik dengan Check Your Label, aplikasi yang dibangunkan oleh pihak MCMC.

Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta berpeluang untuk mengetahui apa itu Check Your Label. Mengetahui dimana untuk menyemak label SKMM pada alat peranti mudah alih Selain itu mereka juga dapat mengetahui mengenai aplikasi Check Your Label yang disediakan oleh pihak SKMM dan mengetahui risiko sekiranya menggunakan peralatan komunikasi yang tidak diperakukan. Mereka juga berpeluang untuk belajar peranti mudah alih boleh disemak dengan SIRIM (https://ecomm.sirim.my/) . Pelajar kemudiannya diberikan peluang untuk menyertai kuiz interaksi kahoot mengenai topik yang telah dibincangkan. Pemenang diberikan sedikit cenderahati berupa wang saku Aidilfitri.

 

 

Tarikh

22 April 2018

Masa

Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu

Lokasi

9.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Peserta

17 peserta

 

Tujuan
Untuk meningkatkan budaya kehidupan sihat. Program ini juga dianjurkan bagi memenuhi mandat Pusat Internet yang kini sudah terlibat sebagai KOSPEN

 

Aktiviti
Petugas bersiap sedia dengan tempat pemeriksaan kesihatan di dewan komuniti. Seorang demi seorang peserta dikehendaki menimbang berat, dan mengukur tinggi. Seterusnya, mereka dikehendaki membaca tekanan darah mereka. Setelah selesai, bacaan gula dalam darah diperiksa. Semua langkah ini dicatatkan sebagai rekod, dan setelah selesai, peserta diberi penerangan tentang tekanan darah yang optimum dan sihat serta bacaan gula yang sepatutnya.

Tarikh

26,19,14 Mei 2018

Masa

Bilik Latihan PI Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 Petang – 6.00 petang

Peserta

2 peserta

 

Tujuan
Untuk meningkatkan daya saing dalam pekerjaan dan perniagaan dengan mempelajari bahasa Jepun

 

Aktiviti
Aktiviti ini biasanya dianjurkan pada setiap hari sabtu. Yuran dikenakan sebanyak RM50 sebulan dan yuran pendaftaran sebanyak RM20 sahaja. Program ini adalah satu program hasil kerjasama dengan program ziarah Mualaf dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Pelajar diajarkan cara menulis, menghafal kosa kata bahasa Jepun dan belajar berkomunikasi dalam bahasa Jepun selain mereka dapat juga membaca buku dalam bahasa Jepun