Tarikh |
25 Julai 2020 |
Masa |
10 pagi -1 tengahari |
Lokasi |
Pusat Internet Taman Bandar Baru |
Peserta |
2 orang |
Tujuan
Pelajar boleh meningkatkan kefahaman tentang cara mencari maklumat mengenai task yang diberi guru di sekolah.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan memahamai tajuk yang diberi guru sekolah kepada mereka.
Selepas itu petugas menunjukkan cara mencari bahan rujukan & gambar yang perlu dicari mengikut tajuk kerja sekolah.
Setelah pelajar tahu tentang cara melayari dan mencari bahan sendiri,mereka boleh mencari nya sendiri tanpa bantuan petugas .
Tarikh |
29 Feb 2020 |
Masa |
10 pagi -1 tengahari |
Lokasi |
Pusat Internet Taman Bandar Baru |
Peserta |
1 orang |
Tujuan
Membantu pelajar memohon kemasukan ke IPTA& IPTS.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan memberikan pelajar membuka portal IPTA & IPTS yang berkenaan. Setelah pelajar tahu tentang portal online IPTA & IPTS memudahkan mereka untuk mengisi portal tersebut. Tenaga pengajar mengakhiri kelas pada pukul 1.00 petang.
Tarikh |
11 Disember 2019 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
9.00 Pagi - 1.00 tengah hari |
Peserta |
9 peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik masakan menggunakan periuk tekanan Cuckoo yang mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan menyediakan masakan dengan cepat dan mudah.
Aktiviti
Pengajar menerangkan mengenai perniagaan syarikat Cuckoo dan cara memasak menu masakan iaitu pulut, dodol dan laksa. Makanan mudah disediakan dengan menggunakan peiuk tekanan Cuckoo.
Tarikh |
7 Januari 2020 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
3.00 petang - 5.00 petang |
Peserta |
3 peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara membuat jadual waktu persekolahan menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel.
Aktiviti
Pengajar menerangkan mengenai asas penggunaan Microsoft Word dan Excel. Cara memasukkan baris dan lajur untuk menghasilkan jadual dan menukar 'design' jadual. Setelah pelajar memasukkan jadual yang dikehendaki, mereka juga diperkenalkan dengan cara menambahkan warna-warna yang menarik di dalam kekotak jadual mereka. Selain itu, mereka juga diajar untuk cara memadam garisan kekotak dengan menggunakan tab table tool>eraser. Selain itu, mereka juga diajar cara menambahkan garisan kekotak dengan menggunakan tool ‘ draw table’.
Tarikh |
16 November 2019 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
9.00 Pagi - 12.00 tengah hari |
Peserta |
18 peserta |
Tujuan
Untuk menyiapsiagakan peniaga industri makanan sebelum berniaga agar mematuhi undang-undang berkaitan dengan kebersihan makanan dan diri. Program ini juga mewujudkan kesedaran dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang industri makanan dan bagaimana cara mengendali premis dengan bersih.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Setelah itu peperiksaan dimulakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan peserta terhadap kebersihan dan penjagaan makanan. Seterusnya ceramah dimulakan dan diakhiri juga dengan peperiksaan kali kedua. Semua peserta diberikan sijil. Sesi bergambar beramai-ramai pula dilakukan sebelum semuanya bersurai.