Tarikh

29 Oktober 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 petang hingga 5.00 petang

Peserta

1 peserta

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagi mempelajari asas menggunakan Microsoft Excel.

Aktiviti

Pengenalan diberikan tentang kegunaan Microsoft Excel dalam kehidupan seharian dan apakah perbezaan fungsinya dengan perisian Microsoft Office yang lain. Sesi kelas berakhir pada jam 5.00 petang.

 

Tarikh

18 September 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

12.00 tengah hari - 1.00 tengah hari

Peserta

9 peserta

Tujuan

Untuk memberikan pendedahan kepada fungsi Multi Cooker Cuckoo yang boleh memasak pelbagai jenis menu, juga membuka peluang perniagaan kepada usahawanita menjual produk ini dan menjana pendapatan lumayan untuk keluarga.

Aktiviti

Aktiviti telah dijalankan dengan memasak pelbagai jenis lauk. Untuk hari ini, 2 jenis masakan diajarkan kepada peserta iaitu Nasi Briyani dan dodol. Peserta yang berminat untuk membeli dodol yang telah siap dimasak panas-panas boleh terus membelinya.

 

Tarikh

6,13,20,27 Ogos 2019

Masa

Bilik Latihan PI Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 Petang – 6.00 petang

Peserta

3 peserta

Tujuan
Untuk meningkatkan daya saing dalam pekerjaan dan perniagaan dengan mempelajari bahasa Jepun

Aktiviti
Aktiviti ini biasanya dianjurkan pada setiap hari sabtu. Yuran dikenakan sebanyak RM50 sebulan dan yuran pendaftaran sebanyak RM20 sahaja. Program ini adalah satu program hasil kerjasama dengan program ziarah Mualaf dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Pelajar diajarkan cara menulis, menghafal kosa kata bahasa Jepun dan belajar berkomunikasi dalam bahasa Jepun selain mereka dapat juga membaca buku dalam bahasa Jepun

 

 

Tarikh

18 Ogos 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

8.00 Pagi - 12.00 tengah hari

Peserta

100 peserta

Tujuan

Untuk memberikan pendedahan serta kesedaran kepada penduduk setempat tentang kegunaan Pusat Internet sebagai pusat ICT yang mapan dan juga pusat untuk pemeriksaan kesihatan yang mudah dan ringkas.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program berlangsung antaranya pertandingan mengarang artikel, kuiz klik dengan bijak, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, dan senamrobik. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari.

 

Tarikh

20 & 28 Jun 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 Pagi - 5.00 petang

Peserta

4 peserta

Tujuan

Untuk memberikan pendedahan serta latihan menggunakan perisian Microsoft Words yang semakin penting untuk pelajar-pelajar di bangku sekolah. Perisian ini adalah perisian yang paling penting dan harus diberikan latih tubi dari bangku sekolah lagi supaya mereka bersedia di alam kolej, universiti dan pekerjaan kelak.

Aktiviti

Peserta diberikan latihan menaip sekaligus dapat menyiapkan kerja kursus mereka. Latihan diberikan secara berperingkat, daripada muka depan kerja kursus, isi kandungan , sehinggalah penutup. Dalam latihan yang diberikan petugas mengajarkan peserta cara-cara menyusun gambar untuk nampak lebih kemas dan teratur. Untuk kelas yang dilangsungkan pada 28 haribulan pula, peserta yang mengikuti kelas ini dapat mempelajari teknik memindahkan   gambar daripada whatsapp web dan seterusnya memasukkannya ke dalam Microsoft Words agar dijadikan kerja kursus yang kemas.