Tarikh

25 Mei 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 Pagi - 5.00 petang

Peserta

3 peserta

Tujuan

Untuk memberikan pendedahan serta latihan dalam kursus yang dipelajari mereka di Universiti tentang cara memperkembangkan perniagaan melalui pelbagai cara di internet. Cara- cara tersebut termasuklah mengiklankan produk di dalam aplikasi telefon mudah alih, iklan di dalam laman web seperti mudah.my dan juga menghebahkan melalui media sosial.

Aktiviti

Pada jam 3.00 petang tiga orang pelajar daripada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) datang untuk mempelajari sekali lagi cara-cara berniaga secara atas talian dengan lebih komprehensif. Pada bulan Mac yang lalu, 3 orang pelajar ini yang juga merupakan rakan-rakan sekelas telahpun mendapat penerangan ringkas tentang cara-cara mempromosikan barang secara online. Ini adalah merupakan kali kedua pelajar-pelajar KUIM ini hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari secara mendalam. Pelbagai topik dipelajari mereka antaranya adalah cara mengambil gambar, memasukkan iklan di dalam laman Mudah.my Peserta diajarkan cara untuk mencipta iklan di dalam laman mudah.my, mencipta akaun Carousel melalui aplikasi telefon mudah alih dan juga mencipta laman perniagaan di dalam Facebook

 

 

Tarikh

27 April 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

9.00 Pagi - 1.00 petang

Peserta

17 peserta

Tujuan

Untuk memberikan pemeriksaan saluran darah secara percuma kepada penduduk setempat. Program ini adalah program pengesanan awal penyakit-penyakit kardiovaskular yang berkait rapat dengan struktur salur darah. Program ini juga memberikan ceramah ringkas tentang pemakanan sihat dan bahan-bahan makanan kesihatan tambahan yang boleh meningkatkan taraf kesihatan kardiovaskular.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Setelah itu peperiksaan dimulakan untuk mengenalpasti tahap tekanan darah, kandungan air di dalam darah dan sebagainya. Kemudian, pakar-pakar yang didatangkan daripada JQ Synergy memberikan tips kesihatan yang berguna kepada penduduk setempat.

 

Tarikh

17 Februari 2019

Masa

Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu

Lokasi

8.30 Pagi - 2.00 petang

Peserta

63 peserta

 

Tujuan

Untuk merapatkan hubungan komuniti Taman Bandar Baharu, memberi peluang kepada penduduk taman berbilang bangsa dari segala lapisan umur untuk menyertai program sihat sukaneka yang menyediakan hadiah-hadiah menarik. Pusat Internet juga berpeluang untuk memberi sedikit taklimat kesedaran keselamatan internet dan juga pemeriksaan kesihatan.

 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Setelah itu Pusat Internet telah pun  menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan dan juga kuiz KDB. Penduduk taman yang berminat boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan berat, tinggi, tekanan darah, ukur lilit pinggang, nadi BMI dan sebagainya. Setelah itu, sukaneka bermula. Sukaneka ini terbuka kepada kategori dewasa untuk penduduk taman. Pelbagai acara menarik diadakan. Setelah itu, ceramah keselamatan internet diberikan oleh wakil dari PDRM Caw. Masjid Tanah, wakil AADK dan juga seterusnya disusuli oleh sepatah dua kata oleh pengerusi taman. 

 

Tarikh

6 Mac 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

9.00 Pagi - 6.00 petang

Peserta

43 peserta

Tujuan

Untuk menyiapsiagakan peniaga industri makanan sebelum berniaga agar mematuhi undang-undang berkaitan dengan kebersihan makanan dan diri. Program ini juga mewujudkan kesedaran dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang industri makanan dan bagaimana cara mengendali premis dengan bersih.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Setelah itu peperiksaan dimulakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan peserta terhadap kebersihan dan penjagaan makanan. Seterusnya ceramah dimulakan dan diakhiri juga dengan peperiksaan kali kedua. Semua peserta diberikan sijil. Oleh kerana permintaan tinggi, kelas dibahagikan kepada 2 sesi pagi dan petang.

 

Tarikh

27 Januari 2019

Masa

Pusat Internet Taman Bandar Baharu

Lokasi

2.00 Petang - 5.00 petang

Peserta

5 peserta

 

Tujuan

Untuk menambahkan kesedaran yang tinggi untuk keselamatan penggunaan internet dan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak di bangku sekolah lagi bagaimanakah taktik biasa penipuan berlaku dan cara untuk mengelakkannya.

 

Aktiviti

Semua peserta dikehendaki menonton daripada laman web www.bit.ly/kdb1 tentang persembahan online tentang penipuan kewangan dan phishing di internet setelah itu mereka dikehendaki untuk menjawab soalan MyCyberGenius kuiz yang dianjurkan oleh MCMC di www.bit.ly/kuizmycybergenius