Tarikh |
4 Disember 2018 |
Masa |
Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
8.30 Pagi - 2.00 petang |
Peserta |
32 peserta |
Tujuan
Untuk merapatkan hubungan komuniti Taman Bandar Baharu, memberi peluang kepada penduduk taman berbilang bangsa dari segala lapisan umur untuk menyertai program sihat dan kesedaran pemeriksaan kesihatan.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Penduduk taman yang berminat boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan berat, tinggi, tekanan darah, ukur lilit pinggang, nadi BMI dan sebagainya. Program berjalan sehingga pukul 4 petang
Tarikh |
24 November 2018 |
Masa |
Dewan Komuniti Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
8.30 Pagi - 1.00 tengah hari |
Peserta |
30 peserta |
Tujuan
Untuk menambahkan kesedaran yang tinggi untuk penjagaan kesihatan khususnya kepada penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Pusat Internet yang kini menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan ini turut sama memberikan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung.
Aktiviti
Semua peserta mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan berat, tinggi, tekanan darah, ukur lilit pinggang, nadi BMI dan sebagainya. Untuk 18 peserta pertama berpeluang mendapat first aid kit daripada pusat internet. Pemeriksaan kesihatan berlangsung sehingga pukul 1.00 tengah hari yang dibantu oleh pegawai kesihatan daripada Klinik Kesihatan Masjid Tanah.
Tarikh |
24 September 2018 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta |
9 peserta |
Tujuan
Untuk menambahkan pengetahuan pelajar-pelajar tentang bahaya mendatang apabila melayari internet terutamanya media sosial di zaman kini kerana ramai suka meluahkan perasaan, mengugut, melakukan perbuatan membuli secara siber dan cara untuk mengenalpasti bahaya tersebut dan cara-cara untuk menanganinya.
Aktiviti
Semua peserta merupakan pengunjung yang selalu datang untuk menggunakan komputer di pusat Internet diberikan sedikit penerangan dahulu oleh petugas tentang bahaya buli siber dan apakah implikasi kepada pengguna itu sendiri. Kemudian setelah memberi taklimat, peserta diarahkan untuk membuka komputer masing-masing dan membuka laman google form yang diberikan oleh petugas dan mula menjawab kuiz tersebut. Setelah berjaya menjawab, peserta disuruh menyemak jawapan dan petugas akan menerangkan jawapan yang betul.
Tarikh |
28 & 30 Oktober 2018 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta |
15 peserta |
Tujuan
Untuk menambahkan pengetahuan pelajar-pelajar tentang bahaya mendatang apabila melayari internet terutamanya media sosial di zaman kini kerana ramai yang tertipu dengan penipuan internet. Di dalam kuiz dan taklimat ini akan diterangkan tentang parcel scam dan love scam.
Aktiviti
Semua peserta merupakan pengunjung yang selalu datang untuk menggunakan komputer di pusat Internet diberikan sedikit penerangan dahulu oleh petugas tentang bahaya penipuan internet dan apakah implikasi kepada pengguna itu sendiri. Kemudian setelah memberi taklimat, peserta diarahkan untuk membuka komputer masing-masing dan membuka laman google form yang diberikan oleh petugas dan mula menjawab kuiz tersebut. Setelah berjaya menjawab, peserta disuruh menyemak jawapan dan petugas akan menerangkan jawapan yang betul.
Tarikh |
26 Ogos 2018 |
Masa |
Pusat Internet Taman Bandar Baharu |
Lokasi |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta |
9 peserta |
Tujuan
Untuk menambahkan pengetahuan pelajar-pelajar tentang terma-terma asas dalam penggunaan komputer, Microsoft Office, perkakasan komputer dan sebagainya untuk menyiapkan mereka sekiranya mereka berminat menceburi bidang komputer di masa hadapan.
Aktiviti
Semua peserta merupakan pengunjung yang selalu datang untuk menggunakan komputer di pusat Internet diberikan sedikit penerangan dahulu oleh petugas tentang kegunaan komputer, terma-terma berkaitan dan juga pengetahuan tentang Microsoft Office. Penerangan dibuat secara terus di ruang utama Pusat Internet dan sambil peserta berada di komputer masing-masing. Penerangan Cuma mengambil masa 10 minit. Kemudian semua peserta diberikan link untuk masuk ke google form untuk menjawab soalan kuiz komputer. Kuiz ini berkisar tentang pengetahuan am komputer, pengetahuan am Microsoft Office dan juga perkakasan komputer.